Umno BN terpaksa mengguna khidmat ulama luar negara memastikan terus
mereka berkuasa di negara ini,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Katanya, isu agama adalah umpan untuk menarik sokongan pengundi kepada Umno dan BN.
Sebelum ini, katanya Umno BN telah berjaya menggunakan ulama rasmi dengan mengeluarkan fatwa Bersih 3.0 haram.
Terbaru, ujarnya kenyataan dikeluarkan ahli Majlis Fatwa Masjidil
Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi mengatakan seseorang itu akan masuk
syurga jika mengundi parti tertentu adalah satu kejahilan, kebodohan dan
kesesatan.
Persoalannya, kata Idris adakah Sheikh Dr Sulaiman mengetahui keadaan politik dan dasar politik di negara ini.
“Beliau memberi fatwa mengenai politik sedangkan beliau tidak pernah berada di dalam suasana politik demokrasi.
“Bagaimana beliau boleh bercakap tentang politik kepartian sedangkan
beliau duduk di negara yang tidak membenarkan parti politik ditubuhkan
di negara ini.
“Betulkah disiplin seorang ulama yang memberi fatwa sedangkan beliau
tidak mendapat gambaran yang sebenar mengenai suatu perkara yang hendak
difatwakan?” soalnya dalam satu kenyataan.
Selain itu, katanya lagi kerajaan juga akan menganjurkan seminar Feqh Mentaati Pemimpin pada 15 Jun ini.
Di antara yang akan membentang ialah bekas Canselor Universiti
Al-Azhar Mesir Syeikh Prof Dr Umar Hashim, Mufti Palestin Syeikh Ekrima
Sa’id Sabri dan Imam Masjidil Haram Mekah Syeikh Maher Al-Mueaqly.
“Seminar ini sudah kita boleh buat rumusan bahawa semua rakyat wajib
sokong BN dan tolak PR. Inilah sebenarnya tujuan seminar ini dibuat,”
ujarnya.
Hampir pilihanraya, segala cara mereka guna untuk menghalal cara. Apa guna perlembagaan negara.
BalasPadamMohon tukar link tuan. Blog ini telah dipautkan di http://rojakpasembor.blogspot.com/
ulamak Umno rakyat dah tak percaya..itu sbb kena bawa pulak ulamak berbayar drp luar negara..
BalasPadammajlis fart wa malaysia kena tukar nama daa ;)
BalasPadamSemenjak dah gugurkan perjuangan negara Islam, pemimpin Pas asyik menghentam ulamak jer...
BalasPadamUlamak yang tidak berpolitik adalah jauh lebih berwibawa daripada ulamak politik seperti dalam Pas !!