MIRI - Empat lelaki termasuk tiga beradik maut dalam kemalangan ngeri
melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan sebuah lori tangki di
Kampung Agus, Bekenu di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1 petang itu, Sarbini Senen, 25, Mohamad
Syafik, 17, serta seorang rakan, Nazri Sanawi, 18, maut di tempat
kejadian.
Seorang lagi mangsa, Mohd. Ikmal Alif, 9, maut ketika dalam perjalanan ke klinik berdekatan.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata,
dalam kejadian tersebut, kereta yang dipandu Sarbini dalam perjalanan
dari Miri ke arah Bintulu.
"Setibanya di tempat kejadian, Perodua Viva tersebut dipercayai masuk ke laluan bertentangan.
"Sebuah lori tangki yang datang dari depan gagal mengelak lalu
merempuh kereta mangsa," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
bawak laju lagi...nak cepat punya pasal...kan dah mati katak jawabnyer...hmmmm...apa nak jadi dgn org malaysia nie...memang takder nilai murni langsung bila berada diatas jalanraya...takder disiplin langsung...
BalasPadamMana u tau dia bawak laju, yub?... Tk baik buat statement camtu. Kalau dh smpai ajal bawak 25km/jam pun mati jgak.
Padamviva erk? tang mana safety pastu hentam lori tangki.
BalasPadamcam pijak tin sardin
komen biar berakhlak..jgn le berckp cm takde otak? pnah g s'wak ke ? pnah ngok keadaan jln raya kat sana ke? tau ke napa ttiba melencong ke laluan sbelah? aku biasa guna jln ni bole kata x minggu aku menggunakan jln ni .ni jln kg..kat sana yg di katakn h/way pun cm jln kpg je kalo kat Malaya ni..aku tau tul keadaan jln ni dr miri > bekenu> Niah > Bintulu..berliku2,tak rata, n mmcm bole berlaku..kdg bawa 10 km /jam punsilap2 bole xsiden..mana bole bawa laju kat tempat ni..byk selekoh n pndgn terlindung kdg2 dek pokok..
BalasPadam