Kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di ceramah di pangsapuri Pantai Permai, Kuala Lumpur.
Mengikut MalaysiaKini, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.
Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik di ceramah itu dipercayai disabotaj.
Akibatnya, seorang warga emas yang menjadi mangsa itu diusung penyokong yang lain dari tapak ceramah dan dibawa ke hospital dalam keadaan separa sedar.
Ekoran
insiden itu, penyokong KEADILAN berarak ke arah penyokong Umno yang
berdiri berhampiran pagar kuarters DBKL dan kedua-dua penyokong hanya
dipisahkan pagar di Kuarters DBKL Pantai Permai.Polis yang berada di tapak ceramah cuba mengawal keadaan namun penyokong KEADILAN terus dibaling telur dan botol air mineral dari arah penyokong Umno.
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis dturut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.
Menurut
ibunya, Adita Ketek, klinik yang memeriksa anaknya memintanya membawa
Nurul Balqis ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri
patah tangan akibat insiden itu.Di pentas ceramah Umno, menyaksikan personaliti kontroversi Ummi Hafilda Ali menghiasi pentas ceramah hanya menarik kira-kira 200 orang.
Ummi tidak berceramah secara berterusan tetapi menunggu penceramah KEADILAN bercakap, kemudian membidasnya secara spontan – dengan pembesar suara dihalakan ke arah tapak ceramah KEADILAN.
Ceramah berakhir dengan bacaan doa dari Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad sekitar jam 12 malam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan