Kerajaan sengaja mengenepikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam)
apabila hendak menubuhkan panel siasatan bebas yang lain untuk
menyiasat perhimpunan Bersih 3.0, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz
Omar.
"Itu kerja Suhakam. Kenapa ketepikan Suhakam dan tubuh pula
kononnya panel siasatan bebas untuk siasat kejadian yang berlaku dalam
perhimpunan Bersih 3.0 itu?
"Apa perlu panel siasatan itu
sedangkan Suhakam telah membuktikan ia menjalankan kerjanya dengan
professional," beliau mempersoalkan.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu
menyifatkan tindakan itu sebagai bukti nyata bahawa kerajaan Umno
Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak menghargai kewujudan Suhakam
malah terangan-terangan menunjukkan rasa tidak percaya kepada
suruhanjaya tersebut.
"Mengapa kerajaan terang-terang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam?
"Adakah
(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan kerajaannya marah
dan sakit hati sangat kerana merasakan pendengaran Suhakam sebelum ini
tidak menyebelahi pihak mereka," soal Mahfuz lagi.
Tindakan
kerajaan yang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam itu
seolah-olah sengaja mahu mendorong masyarakat antarabangsa khususnya
meragui kemampuan suruhanjaya itu, katanya.
"Kerajaan
nampaknya tidak mahu mengiktiraf peranan Suhakam sebagai pelindung hak
asasi semua pihak termasuk pihak polis sendiri," kata Mahfuz (gambar)
Beliau
juga bimbang kerajaan sengaja menolak peranan yang sepatutnya dimainkan
oleh Suhakam untuk menyiasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan
Bersih 3.0 itu kerana mahu mencari pihak yang boleh melindungi jenayah
yang dilakukan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu.
"Adakah
kerajaan sengaja hendak mencari orang yang boleh berkerjasama untuk
melindungi apa yang dilihat umum sebagai jenayah kerajaan Umno dan
sebahagian anggota polis yang bertindak kejam dan ganas terutama yang
mengarahkan tindakan sedemikian terhadap mereka yang menyertai
perhimpunan Bersih 3.0 itu?" tanya Mahfuz.
Beliau menyifatkan
tindakan mengetepikan Suhakam itu menambahkan lagi keyakinan masyarakat
termasuk masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan cuba melindungi
keganasannya dari disiasat secara bebas, bersih dan adil.
Dalam
perkembangan berkaitan, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam menegaskan
bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya
terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan
pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali.
Suruhanjaya
itu juga, tegasnya, terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap
petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan
melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional
dan beretika.
Sebenarnya UMNOBN nak bagi elaun kepada ahli Suruhannya.
BalasPadamKerajaan nak tubuh siasatan bebas dah cukup baik. Mungkin SUHAKAM salah satu panel yang bakal membarisinya..
BalasPadamBelumpun panelnya dipilih, Si Mahfus bahlol ni dah melatah !