Bagi
saya ulasan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan perlukan
beberapa perincian bagi mengelakkan fitnah dan tuduhan melulu.
Mereka memutuskan
bahawa haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi
yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan
huru-hara dan kekacauan dalam negara. Keputusan ini dibuat selepas
Perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.
Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Perak ingin menjelaskan bahawa menyertai Bersih 3.0 tidaklah diharamkan kerana :
1. Bertujuan
yang baik, iaitu mencari keadilan dan demokrasi yang telus. Ia
disebabkan penyelewengan yang dilakukan oleh SPR dan pihak kerajaan.
2. Tidak melanggar undang-undang, antaranya peserta tidak memasuki kawasan larangan berhimpun dan sebagainya.
3. Tidak
mencetuskan huru hara, sebaliknya yang mencetuskan huru hara tersebut
adalah pihak polis yang menyerang, menangkap dan memukul peserta Bersih
3.0 tanpa sebarang sebab.
Maka, berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, sepatutnya Perhimpunan Bersih 3.0 tidak sepatutnya dianggap sebagai haram.
Mereka
menyatakan lagi bahawa tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan
merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam.
Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang
melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.
Mereka
juga menyatakan bahawa sesiapa juga tidak boleh buat, tidak boleh
bersetuju ke arah usaha mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan
rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku
pertumpahan darah.
Kebanyakan
mereka ini sepatutnya dituju kepada pihak polis yang membelasah peserta
Bersih 3.0, dan pihak-pihak yang menghantar SB untuk menimbulkan
provokasi. Sepatutnya Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengatakan "haram"
terhadap tindakan kasar polis dan pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab menghantar SB, bukan kepada mereka yang ingin menuntut
keadilan dan ketelusan dengan cara "duduk dan bantah".
Sete
rusnya
Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, Pengerusi Majlis Fatwa
Kebangsaan menyatakan lagi bahawa larangan menunjukkan sokongan dan
simpati kepada mereka yang menyokong LGBT. Sepatutnya mereka perlu faham
bahawa kerajaan juga pernah meluluskan Konsert Adam Lambert, yang
membawa ikon gay pada 14 Oktober 2010.
Kenapakah Majlis Fatwa Kebangsaan tidak tegas dan lantang dalam isu ini? Sebaliknya, apabila timbul isu dalam Pakatan Rakyat, mereka timbul untuk mengulas isu ini.
Kenapakah Majlis Fatwa Kebangsaan tidak tegas dan lantang dalam isu ini? Sebaliknya, apabila timbul isu dalam Pakatan Rakyat, mereka timbul untuk mengulas isu ini.
Kita
perlu faham, PAS tidak pernah menyokong hubungan sejenis, bahkan PAS
membantah Konsert Adam Lambert yang mengetengahkan seorang ikon gay.
Dalam isu Bersih 3.0, PAS menyokong tuntutan supaya telus dan adil dalam
pilihanraya. Perkara ini perlu difahami oleh Majlis Fatwa Kebangsaan,
supaya tidak mengeluarkan fatwa membuta tuli tanpa memahami realiti.
Saya
harap, pihak Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertaqwa kepada Allah
sebelum mengeluarkan sebarang hukum. Kalian akan dihadapkan di hadapan
Allah yang berkuasa menentukan hukum haram atau halal.
Ustaz Abu Bakar Hussian
( Pesuruhjaya PAS Perak )
JuRaGan : Apahal konsert Raja Gay Elton Jhon yang dengan berani melawan Allah apabila khawin pulak sesama sejenis dibenarkan oleh kerajaan Umno di adakan di Genting Highland malah telah dibantah oleh Pemuda Pas Pahang..Majlis Fatwa apa cerita???
Majlis Fatwa Kebangsaan itu dianggotai seramai 24 orang cerdik pandai agama termasuk 14 orang mufti.
BalasPadamMereka adalah badan yang amat dihormat dan berwibawa.
Pesuruhjaya Pas Perak tu orang parti, orang politik!
Agak-agaknya fatwa siapa yang diterimapakai oleh masyarakat Islam ??
cerdik pandai yang di lantik oleh kerajaan, di bayar gaji oleh kerajaan... siapa pulak kerajaan sekarang ni ye... orang politik juga... orang politik berkuasa penuh atas kerajaan... so kita tanya balik, fatwa mana yang di terima pakai eh..
Padamdalam islam ramai tak semestinya betul..sorang tp hujjahnya kukuh..yg itulah sepatutnyta di ikut..
Padamgene Farouk,
PadamAku tahu laa yang kau ni bangang ! tapi tak tahu pulak aku yang kau sampai begini sekali bangangnya !!
Tentulah kerajaan yang bayar gaji mereka. Kalau tidak siapa yang bayar ? Nenek engkau ??
Dibayar kerajaan gaji mereka tak semestinya mereka terikat. Kalau kerajaan begitu berkuasa ke atas semua yang dibayarnya seperti pegawai dan kakitangan, kontraktor, golongan perniagaan yang mendapat tender, projek, semua pelajar yang menerima biasiswa dan seluruh rakyat yang menerima berbagai subsidi termasuk lah kau dan mak bapak kau, sudah tentu tak ada siapa pun yang nak menyokong parti pembangkang !!
Kalau hujah seorang kau rasa dah kukuh, cuba kau dengar hujah dua puluh empat orang yang diiktiraf ketinggian ilmu agamanya,
Lainlah kalau kau dah keluar dari jamaah !!
Konsert Elton John tu bukan ke dah dibatalkan ??
BalasPadamAllah bukan tengok engko punya jawatan,dia tengok keTakwaan hambanya lah bodoh.Kalau jadi mufti Pencacai Kerajaan Umno dan hanya keluarkan Fatwa terpilih dan disukai oleh Pemerintah,lebihbaik letak kepala dalam lubang jamban!
PadamNampak sangat Bodohnya si Rakab ini.Rupanya rakap ini tidak mengetahui hal semasa dan cakap ikut sedap mulut sahaja,itu sebab Umno suka Orang Bangang macam Rakabkurap ini,engko nak tengok kejayaan kosert Raja Gay yang disokong oleh Menteri Umno di Genting,bukak laman ini..http://www.tupai.com.my/2011/11/5000-peminat-terhibur-di-konsert.html..
PadamMufti yang hebat ini nak cakap apa??Ini namanya mufti cari makan ataupun mufti mangkuk hayun.
hehehhehehehe tak pasal pasal kan dah kena boddo hahahahahahahah
PadamKalau macam tu engkau orang pakat-pakat sumbat jer kepala Nik Aziz dalam lubang jamban sebab dia ulasmak puaka yang sanggup bekerjasama dengan syaitan !!
PadamKonsert raja gay itu berjaya dilangsungkan sebab ia disokong kuat oleh pejuang gay disini seperti Anwar Berahim yang didokong pula oleh Ambiga dan pemimpin Pakatan termasuk ler pecacai hina macam si Juragan dan Pak oncu.
Padam..satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.
BalasPadamKata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”
Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.
Jawab Ibn Taimiyyah: “Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.
Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.
Kata Ibn Taimiyyah: “Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.
Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka: “Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.
Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.
Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”. Jawab: “Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.
Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat. -Dr.Maza.com
Ulamak yang sebat semacam adalah pemimpin-pemimpin Pas !!
PadamIsu murtad tidak dipedulikan demi mengidamkan undi kafir !!
Perpecahan umat Islam tidak diendahkan demi merebut kuasa dan jawatan dunia !!
Kalau tak percaya tanya Mat Sabu [sedap Mah].
to : rakab
BalasPadamwell dude! I dont know why the target must PAS..
apa yg pas nk cuma hukuman hudud terlaksana bukan hukuman sebat versi sekular.
pnah belajar undang-undang x? pg penjara dan tanya mcm mana hukuman sebat dilaksanakan pd penjenayah, dan cuba bndingkan dgn hukuman sebat yg dilaksanakan oleh Islam.
apa maksud Perpecahan umat Islam tidak diendahkan demi merebut kuasa dan jawatan dunia?
dude! tlg fikir ckit sebelum menulis., klu bukan pas yg memerintah umat Islam memang dh berpecah pun sebab kepimpinan yg berunsurkan sekular..undang2 kita ikut common law.