Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, sokongan
orang Melayu kepada parti Islam itu akan meningkat semula pada pilihan
raya umum akan datang.
Ini kerana katanya, peningkatan sokongan
orang Melayu bertambah selepas timbulnya isu-isu penyelewengan Umno BN
termasuk isu NFC, PTPTN dan kehilangan wang zakat Wilayah Persekutuan.
"Selepas isu ini menampakkan orang Melayu marah terhadap penyelewengan, apatah lagi membabitkan penyelewengan lembu," katanya.
Berkata
kepada media selepas Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan di Kuizm Taman
Melewar, beliau baru selesai mengadakan lawatan beberapa negeri
antaranya Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Selangor, dan Sabah.
Katanya,
laporan yang diterima daripada bilik gerakan pilihan raya yang ditemui
sokongan Melayu kepada PAS akan mengatasi berbanding pada pilihan raya
umum 2008 lalu.
"Bilik gerakan PAS telah membuat culaan malah
pelbagai pihak menyatakan ada peningkatan itu. Jadi permainan Perkasa
semakin ditolak rakyat. Isu PTPTN buat anak muda melenting, dan isu
lembu buat rakyat lagi faham," katanya.
Bagaimanapun, katanya
sokongan orang Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat mungkin mencapai lebih
80 peratus dalam pilihan raya nanti.
"Apa yang membimbangkan
kami, satu perkara sahaja iaitu daftar pemilih yang masih kotor,"
katanya ketika ditemui di Kuizm Taman Melewar.
Misalnya, kata
beliau di Pulau Pinang memperlihatkan penambahbaikan sokongan kepada PAS
dan beliau yakin PAS akan mencapai kemenangan di semua kerusi yang
akandipertandingkan.
Katanya, peningkatan sokongan itu lebih 5
peratus berbanding pada PRU 2008 dan dari peningkatan ini PAS dan
Pakatan Rakyat yakin akan menawan Negeri Sembilan, Johor antara yang
memberi kesannya atau mungkin berjaya merampas Melaka dalam PRU nanti.
Sebelum
itu, Mohamad Sabu merasmikan majlis penutup di Konvensyen PAS Wilayah
Persekutuan yang dihadari kira-kira 400 ahli PAS seluruh Wilayah dan
Labuan.
Konvensyen yang bertemakan 'Abid di Waktu Malam, Singa di
Waktu Siang' yang diadakan setengah hari itu turut memberi peluang
setiap PAS kawasan membentangkan laporan pilihan raya masing-masing.
Ketua
Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan turut membentangkan kertas kerja
yang bertajuk "Sahutan Berjihad Kebergantungan Kepada ALlah di Medan
Perang"
Buat Persediaan.... PRU ke 13 - 3/6/2012 disahkan...
BalasPadamBuatlah persediaan untuk berhijrah kepada pihak yang lebih baik .
PadamMajlis Fatwa Kebangsaan dah putuskan perhimpunan yang mencetuskan rusuhan dan keganasan adalah HARAM !!
Mat Sabu adalah antara orang yang mengepalai huru-hara tempohari !
PAKATAN HARAMJADAH !!!
'Abid di Waktu Malam, Singa di Waktu Siang'
BalasPadamsinga diwaktu siang mungkin sudah nampak terserlah.
cuma abid ditengah malam marilah kita sama2 mantapkan lagi.
ini nasihat utk diri sendiri juga.
abid ditengah mlm amat penting utk menghadapi kezaliman pemerintah
terutama pemimpin baik yg teruk kena fitnah yg keji.
panjatkan munajat kepada Allah semuga kaki fitnah akan menerima balasannya segera
sebelum mereka menghancurkan lagi nilai murni dalam negara ini.
sekian wasalam