Ahad, 6 Mei 2012

Mat Sabu "Takut" Pada Benda Ini.....

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, sokongan orang Melayu kepada parti Islam itu akan meningkat semula pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana katanya, peningkatan sokongan orang Melayu bertambah selepas timbulnya isu-isu penyelewengan Umno BN termasuk isu NFC, PTPTN dan kehilangan wang zakat Wilayah Persekutuan.

"Selepas isu ini menampakkan orang Melayu marah terhadap penyelewengan, apatah lagi membabitkan penyelewengan lembu," katanya.

Berkata kepada media selepas Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan di Kuizm Taman Melewar, beliau baru selesai mengadakan lawatan beberapa negeri antaranya Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Selangor, dan Sabah.

Katanya, laporan yang diterima daripada bilik gerakan pilihan raya yang ditemui sokongan Melayu kepada PAS akan mengatasi berbanding pada pilihan raya umum 2008 lalu.

"Bilik gerakan PAS telah membuat culaan malah pelbagai pihak menyatakan ada peningkatan itu. Jadi permainan Perkasa semakin ditolak rakyat. Isu PTPTN buat anak muda melenting, dan isu lembu buat rakyat lagi faham," katanya.

Bagaimanapun, katanya sokongan orang Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat mungkin mencapai lebih 80 peratus dalam pilihan raya nanti.

"Apa yang membimbangkan kami, satu perkara sahaja iaitu daftar pemilih yang masih kotor," katanya  ketika ditemui di Kuizm Taman Melewar.
Misalnya, kata beliau di Pulau Pinang memperlihatkan penambahbaikan sokongan kepada PAS dan beliau yakin PAS akan mencapai kemenangan di semua kerusi yang akandipertandingkan.

Katanya, peningkatan sokongan itu lebih 5 peratus berbanding pada PRU 2008 dan dari peningkatan ini PAS dan Pakatan Rakyat yakin akan menawan Negeri Sembilan, Johor antara yang memberi kesannya atau mungkin berjaya merampas Melaka dalam PRU nanti.

Sebelum itu, Mohamad Sabu merasmikan majlis penutup di Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan yang dihadari kira-kira 400 ahli PAS seluruh Wilayah dan Labuan.

Konvensyen yang bertemakan 'Abid di Waktu Malam, Singa di Waktu Siang' yang diadakan setengah hari itu turut memberi peluang setiap PAS kawasan membentangkan laporan pilihan raya masing-masing.

Ketua Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan turut membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Sahutan Berjihad Kebergantungan Kepada ALlah di Medan Perang"

3 ulasan:

  1. Buat Persediaan.... PRU ke 13 - 3/6/2012 disahkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buatlah persediaan untuk berhijrah kepada pihak yang lebih baik .

      Majlis Fatwa Kebangsaan dah putuskan perhimpunan yang mencetuskan rusuhan dan keganasan adalah HARAM !!

      Mat Sabu adalah antara orang yang mengepalai huru-hara tempohari !

      PAKATAN HARAMJADAH !!!

      Padam
  2. 'Abid di Waktu Malam, Singa di Waktu Siang'

    singa diwaktu siang mungkin sudah nampak terserlah.

    cuma abid ditengah malam marilah kita sama2 mantapkan lagi.

    ini nasihat utk diri sendiri juga.

    abid ditengah mlm amat penting utk menghadapi kezaliman pemerintah
    terutama pemimpin baik yg teruk kena fitnah yg keji.

    panjatkan munajat kepada Allah semuga kaki fitnah akan menerima balasannya segera
    sebelum mereka menghancurkan lagi nilai murni dalam negara ini.

    sekian wasalam

    BalasPadam