Seorang pesara, Vitaly Islentyev menyimpan pelbagai jenis peralatan ketam di sebuah muzium miliknya di bandar Yeniseisk.
Menurut maklumat yang terdapat dalam Book of Records of Russia, dia
mempunyai koleksi peralatan itu yang terbanyak di negara ini.
Kira-kira 760 ketam yang diperbuat di Jerman, United Kingdom, Perancis, Rusia dan negara-negara lain dipamerkan di muzium itu.
Muzium tersebut turut mempamerkan ketam yang dihasilkan pada abad ke-18 dan ke-20.
Ketam digunakan untuk melicinkan permukaan kayu.
Islentyev, 65, yang pernah bekerja sebagai seorang pemandu kenderaan
turut mempunyai sejumlah koleksi akordion dan alat pemain piring hitam. -
Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan