Selepas mematahkan serangan ahli parlimen Labis MCA Chua Tee Yong bahawa
kerajaan negeri Selangor telah menyelamatkan Talam, ahli parlimen
Petaling Jaya Utara Tony Pua (gambar) melihat hikmah di sebalik ribut yang ditimbulkan.
Pua
berkata sensasi yang disengajakan oleh anak presiden MCA itu telah
membolehkan rakyat melihat kehebatan pentadbiran Pakatan Rakyat dalam
mengurus wang rakyat.
“Chua bukan sahaja tidak dapat membezakan
antara debit dan kredit di dalam akaun perimbangan, beliau juga
mempunyai cara ‘menolak matematik’ yang menarik – dua tolak satu dapat
tiga (2-1=3),” sindir Pua.
Terdahulu, Chua telah memanggil satu
sidang akhbar mendakwa kerajaan Selangor telah menyeleweng RM1 bilion
dalam menyelamatkan Talam.
Kemudian, beliau mengurangkan jumlah
tersebut kepada RM42 juta, yang beliau katakan yang terlebih bayar
kepada syarikat tersebut.
Pua mengingatkan sekali lagi bahawa hutang Talam adalah hasil peninggalkan bekas kerajaan BN di Selangor.
“Apa yang lebih teruk ialah tiada usaha oleh pentadbiran BN untuk mendapatkan bayaran kepada hutang tersebut,” kata beliau.
Beliau
menambah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah
menampilkan kemahuan politik dengan mendapatkan kembali hutang RM392
juta daripada Talam dalam masa setahun.
Selain itu, Pua berkata kerajaan negeri turut mendapat RM676 juta aset yang dinilai pada harga RM685 juta.
Dengan
pendapatan sedemikian, Pua berkata ia membolehkan kerajaan Selangor
untuk membelanjakan wang dalam program kebajikan dan infrastruktur, dan
meningkatkan jumlah simpanan kerajaan negeri kepada RM1.9 bilion
daripada RM733 juta pada 2008.
Perkara ini, kata Pua sangat
berbeza dengan cara BN menyelamatkan Syarikat Penerbangan Malaysia
(MAS), di mana hutang RM589.15 juta bekas bosnya Tan Sri Tajuddin Ramli
telah dinyahkan oleh kerajaan.
“Tidak timbul persoalan apabila
mentadbir negara dengan prinsip kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan,
sebagaimana yang ditunjukkan di atas, Pakatan Rakyat telah membuktikan
bahawa ia membolehkan rakyat Malaysia mencapai potensi penuh mereka,”
tegas Pua.
Salam Yob,
BalasPadambanyak deme korek, banyak pekung lama deme tayang, heeeeeee!