Selasa, 10 Julai 2012

Anak Chua Soi Lek Ter"Kantoi" Habiss...

Selepas mematahkan serangan ahli parlimen Labis MCA Chua Tee Yong bahawa kerajaan negeri Selangor telah menyelamatkan Talam, ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (gambar) melihat hikmah di sebalik ribut yang ditimbulkan.

Pua berkata sensasi yang disengajakan oleh anak presiden MCA itu telah membolehkan rakyat melihat kehebatan pentadbiran Pakatan Rakyat dalam mengurus wang rakyat.

“Chua bukan sahaja tidak dapat membezakan antara debit dan kredit di dalam akaun perimbangan, beliau juga mempunyai cara ‘menolak matematik’ yang menarik – dua tolak satu dapat tiga (2-1=3),” sindir Pua.

Terdahulu, Chua telah memanggil satu sidang akhbar mendakwa kerajaan Selangor telah menyeleweng RM1 bilion dalam menyelamatkan Talam.

Kemudian, beliau mengurangkan jumlah tersebut kepada RM42 juta, yang beliau katakan yang terlebih bayar kepada syarikat tersebut.

Pua mengingatkan sekali lagi bahawa hutang Talam adalah hasil peninggalkan bekas kerajaan BN di Selangor.

“Apa yang lebih teruk ialah tiada usaha oleh pentadbiran BN untuk mendapatkan bayaran kepada hutang tersebut,” kata beliau.

Beliau menambah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah menampilkan kemahuan politik dengan mendapatkan kembali hutang RM392 juta daripada Talam dalam masa setahun.

Selain itu, Pua berkata kerajaan negeri turut mendapat RM676 juta aset yang dinilai pada harga RM685 juta.

Dengan pendapatan sedemikian, Pua berkata ia membolehkan kerajaan Selangor untuk membelanjakan wang dalam program kebajikan dan infrastruktur, dan meningkatkan jumlah simpanan kerajaan negeri kepada RM1.9 bilion daripada RM733 juta pada 2008.

Perkara ini, kata Pua sangat berbeza dengan cara BN menyelamatkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), di mana hutang RM589.15 juta bekas bosnya Tan Sri Tajuddin Ramli telah dinyahkan oleh kerajaan.

“Tidak timbul persoalan apabila mentadbir negara dengan prinsip kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan, sebagaimana yang ditunjukkan di atas, Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa ia membolehkan rakyat Malaysia mencapai potensi penuh mereka,” tegas Pua.

1 ulasan:

  1. Salam Yob,

    banyak deme korek, banyak pekung lama deme tayang, heeeeeee!

    BalasPadam