Selasa, 17 Julai 2012

Padan Muka..Syabas "Kantoiii"..Kerajaan Selangor Ambil Alih...

Senator Pakatan Rakyat menyokong penuh keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Senator Syed Hussein Ali daripada PKR berkata, keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tepat pada masanya kerana Syabas gagal menguruskan air di negeri itu.

"Apa yang dikatakan krisis air di Selangor boleh dipertikai kerana bekalan air di kawasan simpanan air masih mencukupi.

"Kerajaan Pusat sengaja menjadikan isu air ini sebagai alat politik untuk merampas Selangor," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Pusat untuk meneruskan pembinaan Langat 2 yang menyediakan air mentah daripada Pahang.

Ini kerana katanya, kos pembinaan loji tersebut akan menggunakan wang rakyat.

"Walaupun kerajaan kata mereka akan biayai kosnya, tapi kerajaan negeri juga terpaksa membayar RM60 juta 'royalti air' setiap tahun kepada Pahang bagi air mentah tersebut. Ini melibatkan wang rakyat.

"Bagaimana kerajaa negeri mahu beri air percuma jika terpaksa tanggung kos ini," katanya.

Sementara itu, seorang lagi senator daripada PKR, Syed Shahrir menegaskan, masalah sebenar bukan kekurangan air mentah sebaliknya Syabas gagal merawat air mentah menyebabkan air bersih tidak dapat dibekalkan kepada penduduk negeri itu.

"Syabas yang bertanggungjawab kerana bersikap acuh tak acuh dalam operasi merawat air. Air mentah ada tapi tak diselenggara.

Menurutnya juga, Syabas didapati menanggung hutang sebanyak RM2.8 bilion.

Angka ini merupakan jumlah yang harus dibayar kepada kepada operator rawatan air.

Syabas sebelum ini bercadang melaksanakan catuan air di Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang.

Namun perkara itu belum dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

6 ulasan:

  1. kasi catu dekat PutraJaya,biar Rosmah tak mandi seminggu.Ini catu dekat kawasan kami yang miskin ini,memang sial Rosmah dan Najib,duit air pun hampir 1 juta setahun,itu menunjukkan badak 2 ekor inilah yang paling banyak membazikkan air.

    BalasPadam
  2. jika kerajaan selangor ambil alih maka terloponglah kroni-kroni dari parti sekutu apco ! ABU !

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku rasalah syabas ne..merupakan talian hayat umno untuk merampas selangor dari PR..

      Padam
  3. Syabas yang bakal terbabas...tak dapek den nak tulong ,,,,,,KAH ...KAH....KAH

    BalasPadam
  4. Aku baru beli rumah kat Bandar Tasik Putri (Seni D). Masuk air kena bayar deposit RM 150.00. Kena pula lantik kontrektor pasang meter caj Rm 200.00. Kontrektor pula kroni Syabas juga. Kalau kena potong air caj RM 50.00 kontrektor juga potong. Bayangkan deposit RM 150.00 satu rumah. Deposit sahaja kaut berbillion ringgit. Kenanapa Syabas tidak pasang dan potong sendiri. Aku sendiri pun bolih pasang sendiri. Jadi aku ambil cop kontrektor bayar RM 100.00 dan pasang sendirilah. Tak hairanlah Pengerusi Syabis dapat elaun hampir 1/2 juta RM

    BalasPadam
  5. pelik sungguh! menyusahkan orang betul syabas nie.macam menipu orang Jew.just pasang meter Jew kan! akupun buliuh wat sendiri tu. naper perlu ambil kontraktor syabas pulak? bukan ke caj rm 30 dah dibayar untuk kos pasang meter tu. kontraktor syabas nie plak caj upahnya Mahal giler 200-400. aku pun pening kepala nie! coz beli rumah lelong bil air tertunggak rm700.rumah tu meter air dah dicabut sejak 2008.sah2 nak kena cari kontraktor syabas nie?

    BalasPadam