Pada masa yang sama katanya, bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Jelasnya, sepanjang 14 tahun perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya, beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.
Bagaimanapun, penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apa lagi bekas isterinya ‘mencabar’ supaya menceraikannya.
Harakahdaily mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak.
Ianya berikutan kenyataan yang hanya melalui Che Hasnah, semata-mata, tanpa mengetahui kisah sebenar dari bekas suaminya.
Kes perceraian mereka juga turut dibahas hangat dalam laman social facebook dan twitter yang bersandarkan PAS menjadi dalang kepada perceraian itu.
Yahya yang merupakan bapa kepada 8 orang anak (semuanya dari isteri pertama) mengakui isterinya adalah aktivis Umno.
“Malah beliau menjadi guru al-Quran pun dipilih oleh Umno dan dibayar gaji, saya tidak kisah tentang itu walaupun sejak awal lagi kami berlainan politik.
“Tetapi sejak akhir-akhir ini dia begitu mencabar, mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap perjuangan PAS, dia juga sudah tidak hormatkan saya lagi, apa hukumnya keluar rumah atau pergi ke suatu tempat yang suami tidak suka.
“Malah saya bimbang kalau-kalau perkataannya yang begitu keterlaluan itu boleh terkeluar aqidah. Anak-anak dan cucu yang mendengarpun menggeleng kepala kerana tidak sanggup mendengarnya,”ujarnya.

“Dia hanya memberitahu pergi program cabutan bertuah, tetapi selepas dua hari baru saya tahu perkara sebenar dan memang saya marah sebab dia tipu saya.
“Saya tak kisah kalau dia pergi belajar tajwid walaupun bergurukan orang Umno, bersesuaian dengan dia sendiri mengajar al-Quran,”ujarnya.
Sambungnya, perceraian itu turut mendapat sokongan saudara mara yang terdekat termasuk abang kepada bekas isterinya itu, Ustaz Che Hussin.
Akibat perselisihan faham semakin tidak dapat dikawal, beliau terpaksa berpuasa dua hari untuk mengurangkan ketegangan yang dicipta isterinya sendiri.
Akhirnya, pada 11 Julai lalu, mereka sah bercerai di Mahkamah Pasir Mas setelah perceraian mereka didaftarkan pada 26 Jun lalu.
Imam Tua Mukim Chetok, Zulkifli Awang (gambar atas kiri), yang juga merupakan saksi nikah mereka sebelum ini memberitahu, sebelum mereka bercerai, beliau sebagai orang tengah turut menasihati Che Hasnah agar kembali pada Yahya.
“Bagaimanapun Che Hasnah enggan dan saya tidak boleh berbuat apa-apa, jadi saya serahkan semula kes itu kepada mereka beruda untuk membuat keputusannya,”ujarnya yang turut hadir pada pertemuan itu.
MANGKUK POMPUAN Tu DAH KENA BASUH DENGAN PARTI SEKUTU APCO PUNYA BARUA DAA ! ABU !
BalasPadamInilah bila masuk kandang UMNO pintu hati jadi tertutup? Siapa menutupnya dan mengapa? Ustazah yabg ada PHD pun merapu dan menyeleleweng begitu juga dengan ustaz2 UMNO perhatikanlah. Oleh itu JAUHI UMNO! JAUHI UMNO! JAUHI UMNO!
BalasPadamPerempuan ni tak sedar andainya bekas suami tidak redha maka hilang peluang ke syurga. Wallauhu a'lam
Walau apa pun, Marilah kita ambil Iktibar diatas kejadian yang berlaku. Kembalilah kita kepada jalan Allah yang telah dibawa oleh Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Hidup ini ada penghujungnya.
BalasPadamPemimpin yang sentiasa mengajak kita ingat kepada Allah dan hari akhirat, umpama guru yang sentiasa memberi pedoman untuk kesejahteraan hari kemudian.
Wallahhu'aklam
BOHONG SEMUANYA..PAS MEMANG KAKI BOHONG..KAKI FITNAH..KAKI SALAHKAN ORG LAIN..AHLI PAS BERAK TAIK KERAS PUN AKAN SALAHKAN UMNO..STUPID
BalasPadamSapa bohong ?, hang ka Bohong, depa ka bohong ?. Orang kaki bohong mana bulih hidup lama !. orang akan menyumpah hari-hari.
BalasPadamHhhaaaahhaa!!! Hang buat lawak bodoh !. kalau Ko*e hang tak naik nak salahkan mak hang beranak mai pasai apa jadi jantan ? awat tak beranak mai jadi betina ?.
Fuuhhhhhh !. Masih ada lagi manusia dalam UMNO yang macam ni !. Mana hang tau depa berak taik keraih ? Hidup tak pernah muhasabah diri !. Hidup nak menungkat langit Kot ?.Hoi Bahlol, Wailol Lol Lol!, apa hang tak dak otak ka ?
Zikir lah, zikirlah, hati dalam kena zikirlah !.dekat tuhan kena ingat selalu lahh !. baru mati dalam Imannnn !.
Hello .... citer ni bkn kebenaran nye lu pikir pa sendiri .... allah dh takdirkan semua 2 .... klow ampa qsa pas the best ok klow ampa qsa umno pon ok tpy citer ni x dak kene mengena langsung ..... sbb nye aq yg temu duga dya ... so x pyh buang msa dok ckp psal politik malu la ....
BalasPadam