MIC akhirnya bersuara mengenai hal Ambiga Sreenavasen selepas ada
pemimpin UMNO yang menyeru agar beliau digantung kerana mengadakan
perhimpunan Bersih untuk pilihanraya yang adil dan bebas. Ini disebabkan
mereka takut akan menerima padah politik.
Sebelum ini, MIC sememangnya turut sama mengutuk penganjur Bersih itu
yang sering dikeji dan diburuk-burukkan dan dituduh menyebelahi Pakatan
Rakyat serta menentang pentadbiran Najib.
Walaubagaimanapun, ketidakpuasan hati dikalangan masyarakat India sudah
tidak dapat dibendung lagi dan MIC mungkin sudah berada dipersimpangan
sama ada mempertahankan Ambiga atau mendapat balasan daripada kaum India
dala pilihanraya yang akan datang.
“Tidak wajar untuk seorang ahli parlimen mengatakan bahawa Datuk Ambiga
patut digantung. Tidak wajar untuk mana-mana ahli parlimen mengutarakan
kata-kata begitu,” ujar pemimpin MIC G Palanivel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan