Lebih banyak demonstrasi mungkin diadakan sehinggalah rakyat Selangor
diselamatkan dari perjanjian konsesi air yang menindas mereka, kata
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
"Kalau kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sehingga ini
masih menguasai Putrajaya terus berdegil dan bersikap memihak kepada
perjanjian konsesi air yang menindas pengguna-pengguna di Selangor dan
Wilayah Persekutuan, ia bermakna mereka memaksa rakyat yang terlibat
turun ke jalan raya," katanya.
Mohamad tidak menolak berlaku perhimpunan raksasa seperti
perhimpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil seperti yang
dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).
"Kalau kerajaan Umno BN terus memihak kepada kepentingan kroni
mereka, Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor), tidak ada yang boleh
menghalang perkara itu berlaku.
"Sekarang, perkara itu tidak berlaku kerana kerajaan Pakatan Rakyat
(PR) pimpinan Tan Sri (Abdul) Khalid (Ibrahim) yang mentadbir Selangor
berjaya menghalang kerakusan Syabas hendak menaikan tarif air di negeri
itu dan di Wilayah Persekutuan," katanya.
Mohamad juga menyokong rancangan kerajaan Selangor hendak mengadakan
referendum untuk mencari penyelesaian berhubung isu pengambilalihan
Syabas.
"Belum buat referendum lagi, cadangan itu sudah mendapat sokongan banyak pihak.
"Kalau Umno BN terus menguasai kerajaan Persekutuan dan tidak setuju
dengan referendum itu, ia bermakna mereka menjemput dan memaksa rakyat
turun ke jalan raya dan terus berdemonstrasi sehingga mereka tidak lagi
ditindas dalam isu air itu.
"Sama ada rakyat akan turun ke jalan raya atau tidak, ia bergantung
kepada keputusan kerajaan Umno BN - sama ada menyebelahi rakyat atau
menyebelahi Syabas," katanya.
Mohamad mengecam tindakan kerajaan Umno BN yang membuat skrip dan menjadi pengarah wayang krisis air di Selangor.
"Apabila kerajaan Umno BN berkata catuan air dibatalkan setelah
mereka tertekan dengan keputusan kerajaan Selangor, terbuktilah kerajaan
Umno BN membuat wayang krisis air itu," katanya.
Beliau menyifatkan tindakan kerajaan Umno BN itu tidak
bertanggungjawab kerana sanggup menganiaya rakyat lebih-lebih lagi
melibatkan air yang menjadi salah satu keperluan asasi mereka yang
utama.
Kerajaan seperti itu, kata Mohamad, amat zalim dan mesti dihukum habis-habisan dalam pilihan raya umum akan datang.
Berdasarkan perjanjian dengan kerajaan BN yang memerintah Selangor
sebelum pilihan raya umum 2008 dahulu, Syabas diberi hak untuk
menaikkan tarif air sehingga lima kali.
Pada tahun 2009 dahulu Syabas dibenar menaikkan tarif setinggi 37
peratus. Selepas itu, pada 2012, diberi lagi kebenaran untuk menaikkan
tarif setinggi 25 peratus (2012).
Tidak cukup dengan itu, pada
2015, Syabas mendapat kebenaran lagi untuk menaikkan tarif air setinggi
20 peratus (2015). Selepas itu, ada lagi habuan untuk meningkatkan
keuntungan apabila Syabas dibenarkan menaikkan tarif sehingga 10 peratus
pada tahun 2018 dan lima peratus pada tahun 2021.
Bagaimanapun, kerakusan itu dihalang oleh kerajaan PR yang memerintah Selangor selepas pilihan raya umum 2008.
memang jahat umno-apco nie,setan p mampuihlah ngan umno-apco-syabas nie
BalasPadamAir anugerah Allah. Kenapi ni CEO dibayar RM 425,000 sebulan. Gila babi beb!! Mampuih rakyat nak tanggung. Patut syukurlah. Ini dah melampau dan sudah zalim. Kenapa nak sabotaj. Kerana kamu UMNO? Hi geram aku, krongkriak, elekpocik , krek krek !!?@#+!%"@@ 3/4?
BalasPadamKenapa UMNO nak menyebok dgn isu air selangor ... air kat Pahang kat Kelantan pon yg memang nyata ada masalah tak nak camput tangan... Bengong punya Lintah Darat (UMNO)
BalasPadamdemo je senang...cakap saja x leh buat apa
BalasPadam