PAS menjangkakan peratusan undi akan rendah jika pilihanraya umum (PRU)
ke -13 diadakan selepas cuti umum Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Ketua
Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia kerana
pengundi tentunya sukar dan berfikir panjang untuk pulang kali kedua
selepas pulang bercuti Aidilfitri.
"Jika benar ia diadakan pada
bulan September maka peratusan mengundi akan merosot kerana majoriti
pengundi baru sahaja balik dari bercuti selain faktor utama adalah dari
segi kewangan mereka," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya
lagi, jika perkara itu benar-benar berlaku, ianya juga seolah-olah cuba
untuk menafikan hak rakyat khususnya pengundi luar untuk pulang
mengundi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas
desas-desus banyak pihak bahawa kemungkinan PRU-13 akan diadakan selepas
cuti Aidilfitri atau lebih spesifik pada September ini.
"Kita
dapat lihat pihak yang menyokong Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri
Muhyiddin Yassin)mendesak agar pilihanraya diadakan pada tahun ini,
namun bagi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan pengikutnya
berpendapat agar ia diadakah pada tahun hadapan.
"Tetapi melihat
kepada senario yang berlaku sekarang yang mana bajet tambahan sudah
diluluskan maka saya pasti ia akan diadakan pada tahun ini," sambungnya
lagi.
Gerakkan kempen balik mengundi
Sementara
itu beliau memberitahu, PAS akan melancarkan kempen besar-besaran
menyeru rakyat keluar mengundi pada pilihan raya itu nanti.
Pihaknya
juga jelas Tuan Ibrahim, akan mengerakkan seluruh jentera agar menemui
serta memberi penerangan kepada ahli dan juga pengundi-pengundi yang
berada diluar agar pulang menunaikan tanggungjawab mereka.
"Jadi
atas sebab itulah kita akan melancarkan kempen balik kampung agar setiap
ahli PAS dan pengundi dapat menggunakan tanggungjawab mereka sebagai
pengundi bagi menentukan siapa pemerintah pada masa yang akan datang,"
jelasnya.
Katanya lagi, isu yang paling besar jika pilihanraya
diadakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri adalah bebanan kepada rakyat
yang terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih sedangkan mereka
terpaksa menanggung bebanan yang lain lagi.
"Kalau fenomena ini
berlaku maka Umno-Barisan Nasional akan menggunakan wang sebagai umpan
mereka agar pengundi dapat balik mengundi," katanya
tak ada masalah balik tetap balik cuma jgn istihar mengundi besok yg tu jam lah tak dapat cuti pilihan raya kecil pmtg pauh buat pada hari kerja tapi kami keluar diam warga kilang
BalasPadamSyabas anda seorang warganegara yg pandai menggunakan hak....
BalasPadamkalau sungguh bagi dikata
BalasPadamPRU-13 selepas raya
kita bersungguh sepakat sekata
tetap balik dihari raya & pilihanraya.....
ARGHHHHHHHH
BalasPadamAKU PEDULI APE PASAL DUIT
SELAGI BEE END TAK LINGKOP
ULANG ALIK 2-3 KALI BALIK KG WA TARAK KESAH
HAHHAHHAAAAA