Ahad, 26 Ogos 2012

Apa sudah jadii beb..Isu Ini PM jadi mengelabah...

Puas gua berjalan sewaktu hari raya nii..sambil beraya gua nak pastikan seruan beria-ria PM agar setiap rakyat negara ini mengibarkan bendera di rumah,di kereta atau di mana sahaja bagi menunjukkan taat setia dan semangat patriotik kepada negara.

Namun apa yang gua lihat haram sebatang pun bendera Jalur Gemilang di kibarkan dirumah-rumah disekitar bandar ipoh dan tempat selainnya,sedangkan hari kemerdekaan hanya tinggal 5 hari sahaja lagi..Taman-taman yang penghuninya berbangsa cina langsung sebatang pun tidak kelihatan,fenomena ini berlaku semenjak kerajaan Haram BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.Oleh kerana kerajaan BN dan PM terasa akan kesan protes rakyat ini.maka RTM dipaksa saban waktu memainkan seruan PM agar setiap rakyat mengibarkan jalur gemilang tanda kasihkan negara.

Namun apakan daya UmnoBN kali ini akan menerima tamparan hebat kesan daripada kerja jahat mereka merampas Perak secara haram tempoh hari,pernah gua berbual dengan seorang lelaki cina tentang tiadanya kibaran jalur gemilang disetiap rumah penduduk cina dan di kedai-kedai..Lalu lelaki cina itu menyatakan bahawa ini satu protes kepada BN kerana kezaliman mereka ke atas pengundi cina yang memilih DAP dengan majoriti 18 kerusi DUN tempoh hari.

Kesannya..Maka terjerit-jerit dan melalak-lalaklah pimpinan Umno meminta dan merayu rakyat negara ini mengibarkan jalur gemilang..tetapi..rakyat buat pekak saja..sebab mereka hendak menunjuk dan mengajar pimpinan Umno yang selama ini melakukan kezaliman kepada rakyat dengan melakukan sesuka hati seperti negara ini "Bapak lu yang punya..."akhir kalam..Di mana Umno kuat..disitu banyak maksiat..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan