Puas gua berjalan sewaktu hari raya nii..sambil beraya gua nak
pastikan seruan beria-ria PM agar setiap rakyat negara ini mengibarkan
bendera di rumah,di kereta atau di mana sahaja bagi menunjukkan taat
setia dan semangat patriotik kepada negara.
Namun apa
yang gua lihat haram sebatang pun bendera Jalur Gemilang di kibarkan
dirumah-rumah disekitar bandar ipoh dan tempat selainnya,sedangkan hari
kemerdekaan hanya tinggal 5 hari sahaja lagi..Taman-taman yang
penghuninya berbangsa cina langsung sebatang pun tidak
kelihatan,fenomena ini berlaku semenjak kerajaan Haram BN merampas Perak
dari Pakatan Rakyat.Oleh kerana kerajaan BN dan PM terasa akan kesan
protes rakyat ini.maka RTM dipaksa saban waktu memainkan seruan PM agar
setiap rakyat mengibarkan jalur gemilang tanda kasihkan negara.
Namun
apakan daya UmnoBN kali ini akan menerima tamparan hebat kesan daripada
kerja jahat mereka merampas Perak secara haram tempoh hari,pernah gua
berbual dengan seorang lelaki cina tentang tiadanya kibaran jalur
gemilang disetiap rumah penduduk cina dan di kedai-kedai..Lalu lelaki
cina itu menyatakan bahawa ini satu protes kepada BN kerana kezaliman
mereka ke atas pengundi cina yang memilih DAP dengan majoriti 18 kerusi
DUN tempoh hari.
Kesannya..Maka terjerit-jerit dan
melalak-lalaklah pimpinan Umno meminta dan merayu rakyat negara ini
mengibarkan jalur gemilang..tetapi..rakyat buat pekak saja..sebab mereka
hendak menunjuk dan mengajar pimpinan Umno yang selama ini melakukan
kezaliman kepada rakyat dengan melakukan sesuka hati seperti negara ini
"Bapak lu yang punya..."akhir kalam..Di mana Umno kuat..disitu banyak
maksiat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan