Umno menerusi sayap Pemudanya akan menubuhkan kelab penyokong parti itu
di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini
bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan BN.
Ketua
Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ia adalah langkah awal yang
diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa
untuk telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan
pertubuhan termasuk parti politik.
"Jadi daripada kita menunggu
mereka untuk masuk menyertai parti kita dan BN, ada baiknya kita
memainkan peranan proaktif untuk turun ke kampus dan menubuhkan kelab
penyokong Umno di setiap kampus," katanya ketika ditemui pemberita pada
majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri yang diadakan di Dewan Orang
Ramai Kampung Gadong, di Rembau hari ini.
Katanya, Pemuda Umno
akan masuk ke setiap kampus IPTA dalam masa terdekat untuk mengadakan
sesi dialog bersama mahasiswa dan merangka penubuhan kelab itu.
Katanya,
selain berperanan memberi sokongan terhadap Umno dan BN, penubuhan
kelab itu juga adalah sebagai landasan untuk mahasiswa mengetengahkan
pandangan dan idea mereka kepada kerajaan.
"Kita dapat banyak
pertanyaan dari mahasiswa yang mana mereka mahu ada platform khas untuk
mereka dan untuk menyahut permintaan tersebut, kita proaktif sebab kita
tidak mahu tunggu mereka untuk menjadi ahli kita, tapi kita ke hadapan
berjumpa mereka," katanya.
Katanya, walaupun sokongan mahasiswa
dilihat lebih cenderung kepada kerajaan, namun usaha sebegini perlu
dilakukan bagi mengekalkan perasaan itu di kalangan mahasiswa dan
memastikan mereka terus menyokong BN.
Dalam pada itu, Khairy yang
juga Anggota Parlimen Rembau berkata, PAS perlu mengeluarkan kenyataan
berhubung pendirian rakannya DAP yang menentang penubuhan undang-undang
hudud jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini.
Katanya, sikap
PAS yang masih berdolak-dalih terhadap pendirian DAP itu hanya
memburukkan keadaan dan tidak membantu menyelesaikan isu tersebut.
"Mereka
perlu menjawab perkara itu, di hadapan DAP dan di hadapan rakyat kerana
rakyat perlu tahu pendirian sebenar PAS," katanya.
Lebih 5,000 tetamu hadir ke majlis rumah terbuka itu termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
jURaGan : Kalau dulu siapa yang didapati menyokong atau pro kepada pembangkang di IPTA akan di ambil tindakan atau digantung..tapi bila Umno dah nak mampouss..yang mati boleh kasi hidup dan yang haram boleh hasi halal...Hancussss Umnoooo...
jangan pula ada halangan dari BN / UMNO jika parti lain buat perkara serupa.
BalasPadam