Penubuhan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji isu bayaran tunai daripada
hasil petroleum memperlihatkan ketelusan kerajaan persekutuan dalam
pengagihan hasil secara adil untuk kesejahteraan rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata
dengan penubuhan jawatankusa khas itu, isu berhubung bayaran tunai
daripada hasil petroleum dapat dikaji dari semua aspek dan dilihat
secara objektif.
"Ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
dan kerajaan persekutuan tidak ada yang hendak disembunyikan, ia harus
dibincang secara rasional.
"Penubuhan jawatankuasa khas ini juga satu langkah yang positif untuk
mencari penyelesaian," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Perdana Menteri hari ini mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa
Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran
tunai daripada hasil petroleum kepada negeri di Pantai Timur
Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim
Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dari
dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan
Terengganu yang diperkenan Sultan negeri berkenaan.
Jawatankuasa Khas itu akan membuat kajian berhubung mengenal pasti
negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di
Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Sementara itu, Nor Mohamed, yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor,
menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 100 orang tua dan keluarga yang
kurang berkemampuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal
tiba.
jangan percaya geng2 malaun n melanun ni,bila terdesak nak hidup semua bolih buat...dont u ever believe them!!!
BalasPadamraayat kelantan bukan nya melayu yang bolih dicucuk hidung, mereka berpelajaran tinggi dan bebas dari fikiran sempit. mereka kenal intan dan kaca.
BalasPadamsejak 1990...mana duitnyer tuuuu..
BalasPadamkah kah kah kah kah kah ...