Sabtu, 4 Ogos 2012

Sekarang Baru Nak Telus,"Tengkorak" Lu Beb...

Penubuhan Jawatankuasa Khas bagi mengkaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum memperlihatkan ketelusan kerajaan persekutuan dalam pengagihan hasil secara adil untuk kesejahteraan rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata dengan penubuhan jawatankusa khas itu, isu berhubung bayaran tunai daripada hasil petroleum dapat dikaji dari semua aspek dan dilihat secara objektif.

"Ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan persekutuan tidak ada yang hendak disembunyikan, ia harus dibincang secara rasional.
"Penubuhan jawatankuasa khas ini juga satu langkah yang positif untuk mencari penyelesaian," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri di Pantai Timur
Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri berkenaan.

Jawatankuasa Khas itu akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, Nor Mohamed, yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor, menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 100 orang tua dan keluarga yang kurang berkemampuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

3 ulasan:

  1. jangan percaya geng2 malaun n melanun ni,bila terdesak nak hidup semua bolih buat...dont u ever believe them!!!

    BalasPadam
  2. raayat kelantan bukan nya melayu yang bolih dicucuk hidung, mereka berpelajaran tinggi dan bebas dari fikiran sempit. mereka kenal intan dan kaca.

    BalasPadam
  3. sejak 1990...mana duitnyer tuuuu..
    kah kah kah kah kah kah ...

    BalasPadam