Isnin, 29 Oktober 2012

Pengakuan Terkini Aishah..Rugi Bersama Pas..!!

Personaliti yang berhijrah, Wan Aishah Wan Ariffin (gambar) meluahkan rasa rugi bersama Pas sekiranya tidak menggunakan peluang untuk berdakwah di pentas PAS bagi mendekatkan masyarakat dengan agama.

“Ada orang tanya kepada saya mengapa tidak berdakwah sahaja dan bukan terbabit dalam politik kalau betul-betul hendak menjadi pendakwah.

“Saya beritahu kalau berdakwah sahaja tanpa ada kuasa politik tentunya suruhan agama tidak dapat dilaksanakan  dengan lebih berkesan.

“Jadi tidak salah PAS menggunakan artis yang berhijrah untuk menarik minat orang ramai yang berbagai. Saya juga guna bakat dan kebolehan yang ada untuk menarik masyarakat datang mendengar ceramah," katanya pada ceramah di Dataran Safa Marwah di KB.Sebahagian besar yang memenuhi dataran yang menjadi tempar parkir bas pelancong adalah kalangan muslimat.

Wan Aishah yang susur galur sebelah nenek lelaki yang berasal dari Bunut Payong Kota Bharu memberitahu sejak terbabit dengan PAS, beliau terus dihalang mencari rezeki seperti dilakukan sebelum ini biar pun ada kelayakan.

“Seolah-olah mereka bertanya sekarang awak sokong pihak mana dan bukannya memberi pertimbangan kepada kelayakan yang ada pada seseorang.

“Saya percaya orang Melayu kekal tidak berubah biar pun negara sudah 55 tahun merdeka selagi masih diberi peluang Umno menerajui negara. Jadi sekarang kita perlu lakukan perubahan segera,” katanya.

17 ulasan:

  1. Aduss...aku ingatkan real bro,aku peminat nombor wahid artis ini.Teruskan perjuangan mu Aishah,aku sokong 100%.

    BalasPadam
  2. Rugi bersama UmnoPorn dan BN didunia dan akhirat itu yang sebetulnya.

    BalasPadam
  3. dakwah mesti ada pentas ada port.....
    baru ngam....
    dah betul tu aisyah.....
    usah risau pasal rezeki...
    puak umnuuuuuu pun harap rezeki dari Allah jugak....

    BalasPadam
  4. Semoga Aisyah tabah dan istiqamah...rezeki tetap ada asalkan berusaha dan bertawakkal...biar sikit tapi berkat...

    BalasPadam
  5. Aku respect dgn Aisyah..tabik spring untuk Aisyah..teruskan perjuanganmu..sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu...

    BalasPadam
  6. Tahniah Aisyah dgn pendirian anda.

    BalasPadam
  7. Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: "Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah Allah kepada mereka?" (Allah berfirman): "Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepadaNya)6-53
    Agama Islam merangkumi segala aspek keperluan kehidupan manusia nak ikut atau tak nak saja.itulah yang menjadikan berlainan keyakinan kepada Allah antara sesama manusia.

    BalasPadam
  8. syabas Aishah, teruskan perjuangan. fasal rezki jgn bmbang, kerana Allah telah tentukan sebelum dijadikan roh hambaNya lagi.

    BalasPadam
  9. Memang rugi sangat.. lebih rugi lagi bila ada orang yang ikhlas berdakwah tapi tak sudi nak datang sebab berbeza fahaman.
    Kepada Kak Aishah.. teruskan usaha.. Allah lebih mengetahui

    BalasPadam
  10. Untuk berdakwah tidak memerlukan apa-apa platform...apalagi jika dakwah yang luhur tidak pernah menjatuhkan orang Islam sesama Islam malah penuh mahabah atau kasih sayang... Jika kuasa yang menjadi syarat maka junjungan kita sudah pasti tidak dapat berdakwah di Mekah kerana sering diancam...

    Dakwah akan menjadi berbeza jika kita meletak cara dan milahnya berbeza dengan milah Rasul S.A.W....walahualam

    BalasPadam
  11. lepas dakwah kenalah tegak hukum nak tegak hukum kena ada kekuatan nak dapat kekuatan kena ada jemaahnya kalau tidak macam mana nak tegak bila Allah dah bagi kuasa ikutlah perintah Allah dalam setiap urusan hidup manusia

    BalasPadam
  12. Hukum Allah bukan tertentu pada kuasa yang perlu ditegakkan dulu. Hukum Allah ada pada setiap kita "Jagalah dirimu dan ahlimu dari api neraka"...dan untuk setiap pemerintah itu urusannya..jadi jangan salah faham.....

    BalasPadam
  13. pilihlah pemimpin seperti yang dianjurkan oleh Allah dan Rasul

    BalasPadam
  14. Pakcu rantau panjang merapu...

    BalasPadam