Ahad, 4 November 2012

Murid Melambung Dirempuh Lori..

NILAI - Kegembiraan 33 murid sebuah sekolah rendah di Jelebu dekat sini mengikuti rombongan ke Perak bertukar duka apabila bas yang mereka naiki dirempuh sebuah lori di Jalan Batang Benar-Nilai berhampiran Stesen Komuter Batang Benar di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, dua murid cedera parah manakala 21 yang lain termasuk tiga guru pengiring cedera ringan.
Mangsa yang cedera parah ialah Mohd. Zarid Farhan, 11, dan Mohd. Najmi Jumaat Ali, 11.
Difahamkan semua murid tahun tiga hingga tahun enam yang belajar di Sekolah Kebangsaan Petaseh itu dalam perjalanan dari sekolah menuju ke Perak untuk lawatan sambil belajar selama sehari.
Dalam kejadian itu, terdapat dua buah bas berasingan lagi yang dinaiki 80 murid dari sekolah yang sama namun tidak terlibat dalam insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Yusoff Awang berkata, ketika kejadian, semua bas berkenaan menghala ke Nilai sebelum sebuah bas yang berada di hadapan berlanggar dengan sebuah lori yang secara tiba-tiba keluar dari satu simpang.

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan lori berkenaan yang membawa muatan batu kerikil terbalik manakala bas terbabit pula terbabas ke sebelah kanan jalan.
"Semua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya.

Menurutnya, pemandu lori berusia 25 tahun itu cedera ringan dan ditahan untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, seorang mangsa, Mohd. Zamzulkarnain Kudus, 11, berkata, mereka bertolak dari

5 ulasan:

  1. Balasan
    1. Saja ditonjolkan didalam suratkhabar Umno/BN supaya pemasangan AES akan direstui oleh rakyat,inilah perangai anak didik Yahudi,sanggup buat apa saja..yang penting mereka mendapat keuntungan.

      Padam
  2. jangan bakar kelambu kalau nyamuk disalahkan.. AES takde masalah, perlaksanaannya yang boleh diperbaiki.. dan memang pemandu bas biasa bawa laju.. sila cadangkan cara untuk pemantauan yang lebih bagus untuk ketika ini.. belum kena, boleh la bising..

    BalasPadam
  3. masalahnya adalah sikap pemandu2 kita....

    BalasPadam
  4. bagaimana nak pantau pemandu2 ni?

    BalasPadam