Ahad, 11 November 2012

Kenyataan Najib Yang Membuatkan JKKK Terlopong Bangangg..

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat perlu memilih mengekalkan kesinambungan pemerintahan negara bagi meneruskan agenda transformasi yang telah dirancang oleh kerajaan.

Perdana Menteri berkata sebagai contoh, rakyat boleh menilai corak pengundian rakyat Amerika Syarikat yang memilih Barrack Obama sebagai presiden negara itu bagi tempoh empat tahun lagi kerana ingin melihat kesinambungan transformasi yang dibawa oleh beliau.

"Rakyat Amerika Syarikat mempunyai dua pilihan sama ada nak merubah ataumengekalkan kesinambungan.
"Apabila mereka tidak yakin dengan agenda calon parti Republikan Mitt Romney, jadi mereka fikir lebih baik pilih kerajaan sama kerana ingin mengekalkan kesinambungan dan saya percaya itu keputusan yang amat tepat dan bijak," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Melaka di Kuala Linggi di sini, Sabtu.
Beliau berkata rakyat Malaysia patut mengikut apa yang dilakukan rakyatAmerika dalam menjamin masa depan negara mereka.

"Ada hal tertentu yang kita boleh ikut (rakyat Amerika) seperti soal kesinambungan daripada menyokong sesuatu yang kabur, tetapi soal seperti LGBT(gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan lain-lain itu tak perlulahkita ikut," katanya.

Justeru, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji bukan hanya untuk mengekalkan kesinambungan pembangunan malah melaksanakan transformasi besar untuk negara jika terus diberikan mandat oleh rakyat.

Beliau berkata perubahan tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata seperti yang dilaung-laungkan oleh pembangkang.
 
"Jangan termakan dengan janji-janji manis pembangkang kerana ini semua janji-janji kosong yang tidak mungkin dapat ditunaikan," katanya.

2 ulasan:

  1. Rakyat Amerika pilih semula Obama bukan kerana mahu mengekalkan kesinambungan yang boleh melingkupkan negara seperti mana yang Najib lakukan transformasi kepada rakyat dan 1 Malaysia. Sehubungan dengan itu WAJIB kita tumbangkan UMNO/BN dalam PRU13.
    Najib boleh tipu rakyat saluran 1 tapi tidak pada saluran yang lain...ABU

    BalasPadam
  2. kesian cari dalil kat Amarika pula sana mahu debat sini mau hambat

    BalasPadam