KUALA LUMPUR 9 November: Hasrat Perdana Menteri untuk bertemu badan
bukan kerajaan (NGO), Hindraf kerana tergugat dengan Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang bertemu kumpulan itu, awal bulan lalu.
Bekas pemimpin Hindraf, S Jayathas berkata, tindakan itu membuktikan
Datuk Seri Najib Razak bimbang terhadap sokongan rakyat India yang
dilihat semakin condong ke arah Pakatan Rakyat.
“Najib begitu takut kehilangan pengundi India sekarang, lebih-lebih
lagi bila melihat Anwar sudah bertemu Hindraf,” katanya ketika
dihubungi.
Beliau yang baru menyertai KEADILAN Oktober lalu turut menasihati
pemimpin Hindraf agar tidak perlu membuang masa bertemu Najib kerana
terbukti selama ini kerajaan tidak pernah ambil peduli kesulitan yang
dihadapi kaum India.
“Barisan Nasional sudah perintah 50 tahun, apa isu kaum India yang
mereka selesaikan? Tak berbaloi untuk Hindraf bertemu Najib, sebab
beliau tak mampu selesaikan apa-apa pun,” katanya.
Pada 2 November lalu, delegasi Hindraf diketuai pengerusi pergerakan
itu, P Waythamoorthy bertemu Anwar bersama pemimpin KEADILAN lain
termasuk Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, R
Sivarasa.
Pertemuan itu bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan masyarakat
India, sebelum Najib mengumumkan menghantar jemputan untuk bertemu.
Inilah satu cara untuk survival. Kalau dah dapat apa yang diminta masa tu berterima kasih...10 diberi kalau 1 tak ditunai mula heboh dan tuntut keadilan...cara selamat lompat parti pembangkang dan cerita keburukan.
BalasPadamKeburukan sendiri disembunyikan. Pelindung terbaik berada dibawah survival parti yang meraih undi yang sanggup menabur seribu janji tapi entah tertunai entah kan tidak...tapi mulut tetap manis..apa-apa hal kira belakang. Inilah politik jangka pendek Pak Kadok..menang sorak kampung tergadai......