Desakan supaya pemimpin PAS kembali ke tujuan asal datang daripada
suara minoriti dan pihak yang tiada 'locus standi', kata Menteri Besar
Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata kebanyakan pihak yang terbabit
dalamwacana 'Kembalikan PAS Ke Landasan Asal' pada Sabtu lepas telah
dipecat danmerupakan bekas anggota parti itu.
"Itu pandangan minoriti yang tiada locus standi... majoriti sokong
apa yangdibuat kepimpinan parti, kita pun tak nampak apa yang tak baik.
"Lagipun hampir semua pemimpin dalam PAS masih lagi di kalangan
ulamak, tidak ada masalah siapa pun jadi pemimpin, asalkan mereka
memperjuangkan Islam," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Beliau mengulas laporan berhubung wacana 'Kembalikan PAS Ke Landasan
Asal'yang meluluskan 11 resolusi mendesak kepimpinan parti itu
mengembalikan semuladasar perjuangan asalnya.
Resolusi itu menyentuh corak segelintir pemimpin PAS yang didakwa
tidak mencerminkan Islam, selain menggesa parti bekerjasama dengan Umno,
bukannya DAP,demi kepentingan agama.
Mengulas kerjasama dengan DAP, Azizan berkata politik masa kini memerlukanstrategi dan hubungan dua hala.
"Dulu bila politik tertutup (sebelum bekerjasama dengan DAP), mereka
kataPAS tak faham masyarakat majmuk, dan sekarang bila terbuka, mereka
kata terbabaspula, tapi itu hak mereka la nak kata apa pun," katanya.
sebenarnye bekas pengikut PAS tu nak sgt terbabas dgn UMNO/BN yg dah nak tergolek tu......
BalasPadam