Isnin, 12 November 2012

Panass..Desak Pimpinan PAS Kembali Kepada Tujuan Asal..??

Desakan supaya pemimpin PAS kembali ke tujuan asal datang daripada suara minoriti dan pihak yang tiada 'locus standi', kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata kebanyakan pihak yang terbabit dalamwacana 'Kembalikan PAS Ke Landasan Asal' pada Sabtu lepas telah dipecat danmerupakan bekas anggota parti itu.
"Itu pandangan minoriti yang tiada locus standi... majoriti sokong apa yangdibuat kepimpinan parti, kita pun tak nampak apa yang tak baik.

"Lagipun hampir semua pemimpin dalam PAS masih lagi di kalangan ulamak, tidak ada masalah siapa pun jadi pemimpin, asalkan mereka memperjuangkan Islam," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Beliau mengulas laporan berhubung wacana 'Kembalikan PAS Ke Landasan Asal'yang meluluskan 11 resolusi mendesak kepimpinan parti itu mengembalikan semuladasar perjuangan asalnya.

Resolusi itu menyentuh corak segelintir pemimpin PAS yang didakwa tidak mencerminkan Islam, selain menggesa parti bekerjasama dengan Umno, bukannya DAP,demi kepentingan agama.
Mengulas kerjasama dengan DAP, Azizan berkata politik masa kini memerlukanstrategi dan hubungan dua hala.

"Dulu bila politik tertutup (sebelum bekerjasama dengan DAP), mereka kataPAS tak faham masyarakat majmuk, dan sekarang bila terbuka, mereka kata terbabaspula, tapi itu hak mereka la nak kata apa pun," katanya.

1 ulasan:

  1. sebenarnye bekas pengikut PAS tu nak sgt terbabas dgn UMNO/BN yg dah nak tergolek tu......

    BalasPadam