Pelakon kontroversi, Lana Nordin akui tidak kisah jika imejnya yang
menampakkan sebahagian lurah buah dada terdedah di dalam filem
Pontianak Vs Orang Minyak telah dieksploitasikan oleh pengarahnya,
Afdlin Shauki.
Malah, Lana Nordin yang juga dikenali sebagai Pamela Anderson
Malaysia itu memberitahu dia melihat senario itu sebagai satu kerjasama
win win situation kerana sudah lama dia teringin untuk bekerjasama
dengan pengarah tersebut dan buat pertama kalinya dia juga berpeluang
berlakon di dalam sebuah filem komedi.
"Jika benar Afdlin ingin mempergunakan diri saya, begitu juga dengan
saya, kerana tawaran yang saya terima ini sangat baik dan saya
mempergunakan tawaran ini untuk menonjolkan watak saya sebagai pelakon
komedi buat pertama kalinya.
"Terus-terang, pada mulanya saya agak ragu-ragu juga hendak
berpakaian sebegitu ketika penggambaran tetapi Afdlin Shauki meyakinkan
saya semuanya akan berjalan dengan lancar dan kebetulan Lembaga
Penapisan Filem (LPF) juga melepaskan babak saya.
"Malah, saya tahu Afdlin tidak mungkin mahu mengaibkan sesiapa dalam
filemnya. Saya hormati dia dan saya hanya menyerahkan kepadanya apa
juga yang akan berlaku di masa akan datang," katanya kepada
murai.com.my selepas Majlis Tayang Eksklusif dan Sidang Media filem
Pontianak Vs Orang Minyak di Cathay Cineplex e@Curve, malam semalam.
Dalam filem yang diterajui dua pelawak Johan Raja Lawak dan Nabil
Ahmad itu, sebagian buah dada Lana Nordin kelihatan terdedah dan ia
telah dijadikan bahan komedi oleh pelakon Khir Rahman apabila dia turut
melawak menggunakan bahan longkang (lurah) Lana Nordin di dalam sebuah
babak.
Malah, pelakon Sharifah Shahira yang turut membintangi filem iti juga
melawak dengan menggelarkan Lana sebagai Hantu Kopek sedangkan watak
Lana ketika itu masih seorang manusia.
"Jika imej seksi saya berjaya dijadikan bahan komedi, maknanya saya
berjaya membawakan watak komedi dalam filem ini. Saya tidak mahu
membataskan bakat lakonan saya kerana saya ingin jadi pelakon yang serba
boleh.
"Saya sudah tak hairan dengan apa jua bentuk kontroversi yang
dilemparkan kepada saya selepas ini. Malah, saya anggap gelaran Hantu
Kopek sebagai joke dan terpulang kepada tafsiran setiap orang," jelasnya
lagi.
Sungguh pun begitu, Lana akui sudah bersedia untuk berhadapan dengan
apa jua kontroversi yang melanda kerana dia terlebih dahulu sudah pun
memberitahu ahli keluarganya mengenai penampilannya di dalam filem itu.
"Saya tidak kisah apa orang nak kata kerana saya tahu keluarga saya
terlebih dahulu tahu apa yang saya pakai dan lakukan ketika itu kerana
saya sendiri sudah menghantara foto saya ketika penggambaran.
"Mak saya ada menegur tetapi saya beritahu dia nak buat bagaimana
kerana saya lakukan kerana lakonan. Malah Finas sudah pun melepaskannya,
jadi mak saya boleh cakap apa lagi. Lagipun mereka tidak boleh nak
bercakap apa-apa atau berbuat apa-apa kerana saya pun sudah besar ,"
luahnya lagi
afdlin amno yang kaki ampu parti sekutu apco ,lingkop mesia jika ramai ada macam spesis ni ! ABU !
BalasPadampulau kan semua yg ada kaitan dgn umgok....PADAN MUKA amy search samdol restoran dh lingkup
PadamApa sbb lu berani lawan larangan Allah..sbb pimpinan Umno yang ajar lawan hukum Allah..Apa sbb lu berani..sbb Ulamak Umno tak kata apa pun..Apa sal lu berani..sbb Umno Bangsat penyubur PROGRAM MAKSIAT...apa sbb lu berani...sbb FINAS dikuasai Umno bangsat pun tak kata apa..!!!!!!
BalasPadamJAKIM mana pergi???
BalasPadamBeruntung Lana.dapat emak yang paling memahami perasaan anak dan yang terbaik dalam dunia!Sebijik macam Nadem yang mempunyai ayah yang memahami macam Nazri Aziz.Kepimpinan Melalui Teladan!
BalasPadamjakim sudah jadi jakun.....jakun sudah masuk hutan kahkahkah....
BalasPadamMoga sempat bertaubat sebelum nyawa di halkum.....
BalasPadamTUNKU A.RAHMAN akan di tanya kenapa maksiat segar di malaysia ni........
BalasPadam