Selasa, 13 November 2012

Tabik Springg..Umno Berjaya Hasilkan Artis Seberani ini..

Pelakon kontroversi, Lana Nordin akui tidak kisah jika imejnya yang menampakkan sebahagian lurah buah dada terdedah di dalam filem Pontianak Vs Orang Minyak telah dieksploitasikan oleh pengarahnya, Afdlin Shauki.

Malah, Lana Nordin yang juga dikenali sebagai Pamela Anderson Malaysia itu memberitahu dia melihat senario itu sebagai satu kerjasama win win situation kerana sudah lama dia teringin untuk bekerjasama dengan pengarah tersebut dan buat pertama kalinya dia juga berpeluang berlakon di dalam sebuah filem komedi.

"Jika benar Afdlin ingin mempergunakan diri saya, begitu juga dengan saya, kerana tawaran yang saya terima ini sangat baik dan saya mempergunakan tawaran ini untuk menonjolkan watak saya sebagai pelakon komedi buat pertama kalinya.

"Terus-terang, pada mulanya saya agak ragu-ragu juga hendak berpakaian sebegitu ketika penggambaran tetapi Afdlin Shauki meyakinkan saya semuanya akan berjalan dengan lancar dan kebetulan Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga melepaskan babak saya.
"Malah, saya tahu Afdlin tidak mungkin mahu mengaibkan sesiapa dalam filemnya. Saya hormati dia dan saya hanya menyerahkan kepadanya apa juga yang akan berlaku di masa akan datang," katanya kepada murai.com.my selepas Majlis Tayang Eksklusif dan Sidang Media filem Pontianak Vs Orang Minyak di Cathay Cineplex e@Curve, malam semalam.

Dalam filem yang diterajui dua pelawak Johan Raja Lawak dan Nabil Ahmad itu, sebagian buah dada Lana Nordin kelihatan terdedah dan ia telah dijadikan bahan komedi oleh pelakon Khir Rahman apabila dia turut melawak menggunakan bahan longkang (lurah) Lana Nordin di dalam sebuah babak.

Malah, pelakon Sharifah Shahira yang turut membintangi filem iti juga melawak dengan menggelarkan Lana sebagai Hantu Kopek sedangkan watak Lana ketika itu masih seorang manusia.
"Jika imej seksi saya berjaya dijadikan bahan komedi, maknanya saya berjaya membawakan watak komedi dalam filem ini. Saya tidak mahu membataskan bakat lakonan saya kerana saya ingin jadi pelakon yang serba boleh.

"Saya sudah tak hairan dengan apa jua bentuk kontroversi yang dilemparkan kepada saya selepas ini. Malah, saya anggap gelaran Hantu Kopek sebagai joke dan terpulang kepada tafsiran setiap orang," jelasnya lagi.

Sungguh pun begitu, Lana akui sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa jua kontroversi yang melanda kerana dia terlebih dahulu sudah pun memberitahu ahli keluarganya mengenai penampilannya di dalam filem itu.

"Saya tidak kisah apa orang nak kata kerana saya tahu keluarga saya terlebih dahulu tahu apa yang saya pakai dan lakukan ketika itu kerana saya sendiri sudah menghantara foto saya ketika penggambaran.
"Mak saya ada menegur tetapi saya beritahu dia nak buat bagaimana kerana saya lakukan kerana lakonan. Malah Finas sudah pun melepaskannya, jadi mak saya boleh cakap apa lagi. Lagipun mereka tidak boleh nak bercakap apa-apa atau berbuat apa-apa kerana saya pun sudah besar ," luahnya lagi

8 ulasan:

  1. afdlin amno yang kaki ampu parti sekutu apco ,lingkop mesia jika ramai ada macam spesis ni ! ABU !

    BalasPadam
    Balasan
    1. pulau kan semua yg ada kaitan dgn umgok....PADAN MUKA amy search samdol restoran dh lingkup

      Padam
  2. Apa sbb lu berani lawan larangan Allah..sbb pimpinan Umno yang ajar lawan hukum Allah..Apa sbb lu berani..sbb Ulamak Umno tak kata apa pun..Apa sal lu berani..sbb Umno Bangsat penyubur PROGRAM MAKSIAT...apa sbb lu berani...sbb FINAS dikuasai Umno bangsat pun tak kata apa..!!!!!!

    BalasPadam
  3. JAKIM mana pergi???

    BalasPadam
  4. Beruntung Lana.dapat emak yang paling memahami perasaan anak dan yang terbaik dalam dunia!Sebijik macam Nadem yang mempunyai ayah yang memahami macam Nazri Aziz.Kepimpinan Melalui Teladan!

    BalasPadam
  5. jakim sudah jadi jakun.....jakun sudah masuk hutan kahkahkah....

    BalasPadam
  6. Moga sempat bertaubat sebelum nyawa di halkum.....

    BalasPadam
  7. TUNKU A.RAHMAN akan di tanya kenapa maksiat segar di malaysia ni........

    BalasPadam