Dewan Muslimat PAS Pusat mengajak rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat
menjadikan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) khususnya wanita DHPP
sebagai sebuah entiti penting untuk menunjukkan keadilan Islam kepada
golongan Non Muslim di Malaysia.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd
Yusoff berkata, Muslimat yakin PAS mampu memimpin rakyat dalam membentuk
gelombang perubahan dan kemakmuran yang telah ditawarkan oleh Islam
sejak sekian lama bagi merealisasikan sebuah masyarakat yang adil dan
harmoni bagi mendapat rahmat dari Allah swt.
Berucap dalam
Muktamar Muslimat Kali ke-52, Zailah berkata, PAS yang kini bersama
rakan dalam Pakatan Rakyat sudah bersedia bagi menggantikan UMNO Barisan
Nasional yang masih lagi mengekalkan ketidakadilan dalam segala sudut
perjuangannya sama ada dalam bidang sosial, politik, pemerintahan,
ekonomi dan sebagainya.
Tegasnya, PAS dilihat sebagai Parti yang
terbaik untuk menggantikan UMNO yang hampir 53 tahun memerintah negara,
namun sehingga kini UMNO masih tidak dapat membawa prinsip keadilan
kepada orang Melayu dan bukan Melayu dalam agenda perjuangan mereka.
"Kita
percaya akan ada wakil DHPP yang dipilih untuk bertanding pada PRU 13
sebagaimana dalam PRU ke-12. Ini menunjukkan penghargaan kepada orang
bukan Islam yang telah menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi kepada
PAS bagi membawa keadilan untuk seluruh rakyat di Malaysia.
"Hal
ini kerana orang bukan Islam kini jelas bahawa Islam yang diperjuangkan
oleh PAS adalah satu perjuangan yang mulia, bersih, adil lagi
berakhlak," katanya di hadapan 624 perwakilan dari seluruh negara.
Tambahnya,
komitmen PAS untuk menegakkan keadilan adalah satu agenda utama yang
tidak pernah padam dalam prinsip perjuangan PAS sejak dari awal
penubuhannya lagi.
"Hanya dengan meletakkan prinsip keadilan
yang dibawa oleh Islam dalam segala sudut kehidupan maka segala
permasalahan yang timbul di dunia ini akan dapat diselesaikan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan