Dewan Muslimat Pas Pusat digesa bersama-sama parti itu menyelamatkan
masyarakat Melayu Islam di negara ini daripada terus terperangkap dalam
"khurafat Umno".
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata: "Hari ini bukan musuh
masuk dalam parti, musuh masuk dalam rumah, serangan pemikiran."
"Kita tidak boleh kawal anak-anak kita, maka jihad menjadi Fardu Ain,
selamatkan orang Melayu kita yang mengaku Islam, yang tenggelam dengan
khurafat Umno seolah-olah tidak ada kerajaan lain dalam dunia," kata
Abdul Hadi ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas kali
ke-52 di sini, malam tadi.
Justeru menurut Abdul Hadi, adalah penting muslimat Pas mempunyai
pemahaman dan ilmu agama yang tinggi bagi menyampaikan mesej Islam
sebenar kepada rakyat di negara ini.
"Saya mahu supaya muslimat kita berilmu dan faham. Jangan berilmu sahaja (tapi) tak faham.
"Tak ada ilmu tapi buat-buat faham juga tak boleh khususnya ilmu hendak
menyampaikan mesej Islam kepada orang Melayu Islam yang termakan dengan
khurafat Umno.
"Islam adalah agama yang mendahului hak rakyat, menentang
pemimpin-pemimpin yang berlagak jadi Tuhan, seolah-olah kerajaan itu
maha suci, tak buat salah. Semua nabi-nabi menentang kerajaan yang
seperti ini," kata Abdul Hadi lagi.
Abdul Hadi turut mengulas berhubung peranan parti itu dalam berdakwah kepada masyarakat bukan Islam terhadap agama ini.
"Kita perlu perkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam... ajak mereka kepada Islam tanpa paksaan.
"Tapi kalau mereka (bukan Islam) tak mahu masuk Islam, perkenalkan kepada mereka konsep Islam adil untuk semua," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya pada sidang media mengapa beliau begitu
menekankan aspek ilmu dan faham dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata,
"kita kalau hendak buat apa pun mesti kena ada ilmu."
"Nak bawa kereta mesti kena ada ilmu pandu kereta. Nak kena lulus lesen pula untuk lulus ilmu itu.
"Dan ilmu itu mengikut keadaan semasa. Perkembangan semasa itu
berkembang dan kita kena ikut lah. Islam itu sendiri adalah agama yang
selaras dengan perkembangan semasa," katanya.
Sementara itu, beliau turut ditanya apakah Dewan Muslimat akan diberi lebih kerusi pada pilihan raya kali ini.
Katanya, ia "telah ditimbangkan. Insya-Allah di samping kawasan yang sedia ada, ada tambahan lain."
Bersama berjuang memperkuatkan akidah diri masing-masing
BalasPadamv
v
Ustaz Azhar Kemah Keming KLIK SINI