Jumaat, 28 Disember 2012

Abby "Kantoi"kan Ustaz Fathul Bari...

Adapun Abby Abadi, seorang pendatang baru dalam PAS dan ketua Ulama Muda di pejabat Umno yang bernama Fathul Bari tidak ada kena mengena dan tidak ada sebarang hubungan.

Mungkin keduanya tidak kenal mengenal dan mungkin juga tidak pernah bersua jumpa.

Yang menariknya ialah Cik Puan Abby Abadi ini adalah seorang seniwati yang ada kedudukan dan ada pasaran dalam industeri perfileman.

Kita tidak tahu di mana dia mengaji  dan mendapat didikan agama? Tetapi di tengah memanjat puncak kerjayanya di dunia hiburan, dia terjun ke dalam arena perjuangan PAS dan berazam memupuk dan menegakkan akidahnya dan akidah umat.

Dia menerima Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul  Hadi Awang sebagai pemimpinnya.

Manakala Syeikh Fathul Bari, seorang yang berstatus ulama muda, sudah tentu berpendidikan agama yang tinggi, jika tidak masakan dia dikenali sebagai ulama, anak bekas Mufti Perlis.

Di mana dia mengaji tidak penting lagi tetapi dia adalah seorang ulama dan seorang pendakwah.

Tetapi dia terjun dalam perjuangan Umno dan menerima Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin  Yasin sebagai pemimpinnya.

Tentulah pelik. Seorang penghibur yang statusnya dalam agamanya adalah seorang awam saja memilih parti yang memperjuangkan Islam dan dipimpin oleh para ulama. Dunia yang digelumanginya selama ini adalah amat berbeza dengan cara hidup pemimpin dan penyokong PAS.

Mungkin 10 tahun dulu tidak tahu apa-apa tentang luar dan dalaman PAS selain daripada yang didengarnya PAS adalah sebuah parti pembangkang yang memperjuangkan Islam. Yang dikatakan perjuangan Islam itu mungkin dia tidak tahu.

Tetapi sekonyong-konyong dia masuk PAS dan duduk sepentas dengan pemimpin-pmimpin yang antaranya tok-tok guru yang berserban dan berjanggut. Dia berazam untuk menghabiskan dunianya di situ.

Manakala ulama muda Fathul Bari pula sebagai anak mufti tentulah terdidik dari kecil dalam suasana Islami, dan sebagai ulama muda tentulah pergaulan dan hidupnya sentiasa dalam kawalan yang baik. Imej dan gambaran luarannya pun dilihat sebagai orang beragama. Mengikut bahasa orang  dulu gayanya itu adalah lebai.

Peliknya dia tidak memilih parti yang memperjuangkan Islam seperti yang disertai Abby tetapi dia menyertai Umno yang perjuangannya sejak mula adalah sekular nasionalis. Baik di bawah Dato’ Onn Jaafar, di bawah Tunku Abdul Rahman Putra dan lain-lain tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Semua tokoh Umno itu tidak menolak Islam sebagai agama mereka tetapi mereka tidak menerima Islam sebagai garis perjuangan politik. Kesemuanya berkata bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam tidak memilih parti seperti Umno itu tetapi ulama muda yang terididik dalam  suasana  Islami memilih Umno dan menolak PAS yang disertai oleh majoriti ulama.

Ajaib. Itulah kehendak Allah. Abby tidak memiliki kitab dan tidak pandai baca kitab menyertai perjuangan politik Islam, Fathul  Bari memiliki banyak kitab dan pandai baca kitab tidak menyertai parti Islam tetapi menyertai  parti nasionalis.

Saya tidak hendak menyamakan kejadian Abby dan Fathul ini dengan zaman kelahiran Rasulullah SAW di Mekah dulu. Orang Jahililyah Quraisy tidak pernah baca kitab. Yang baca kitab ialah Yahudi Bani Israil. Orang Quraisy dengar  orang Yahudi menunggu kelahiran Nabi Akhir Zaman.

Apabila Nabi lahir, yang menunggunya tidak menyambutnya, tetapi Arab yang tidak tahu tentang isi kitab menerima kenabian itu.- Subky Latif

Itulah kebesaran Allah.


9 ulasan:

  1. tolong saya seperti tak boleh melihat kelibat walau gambar si fatul bari ni.. tak tau kenapa saya teramat meluat dan benci sangat bila terpandang muka ulama laknat ni..

    BalasPadam
  2. betul kata 12.21 ni..tengok gbr dia pun jadi meluat sgt, termasuk juga brahim katak, hasan kayu jati, ezam kotak, hafelda, soi lek, menteri hummer,ijat lembu, adnan sbelah telinga, madey tun tan, azez mamak, raess amah, big mama, dan kwn2 seumpamanya..menyampah sgt

    BalasPadam
  3. Aku ari2 muntah nengok dia orang tuh!!! dah macam mengandong 13 tahun muntah memanjang......uek uek uek tuii......seri ape dia orang pakai nih nengok je loye........tapi kalau nengok wajah2 perwakilan Persidangan Agong PAS tu ari sejuknya mata memandang sopan santunnya berpakaian hati rasa tenteram dan aman dibawah pemerintahan ulama....takbir....ya Allah izinkan kami mendapat pemerintahan Ulama selepas PRU13 sapertimana yang kau telah kurniakan kepada rakyat Mesir....aminnnn......

    BalasPadam
  4. apakah sekiranya anak mufti, anak tok guru atau tok imam yg mmg makan gaji maka semestinya anak dia pn alim? kalu bapa dia tok mufti tak berani nak tegur pemimpin dulu, apa yg kita harap dari anak dia!

    BalasPadam
  5. Iman tak dapat diwarisi... Juga tiada di tepian pantai... Walau apa pun caranya jua... Engkau mendaki gunung yang tinggi... Engkau meredah lautan api... Namun tak dapat jua dimiliki... Jika tidak kembali pada ALLAH...

    BalasPadam
  6. fathul bari, ibrahim ali dan zukifli nordin adalah orang-orang yang sama pemikiran dan setaraf dengan Abdullah bin Ubay..

    BalasPadam
  7. Sedapnya kutuk orang takut2 balik kat diri kita kot.

    BalasPadam
  8. Ulamak upahan Umeno pada pandangan saya bukan tak tahu di mana sebenarnya peranan yg terbaik bagi mereka ,,,,,tapi kalau dah dasar mata duitan ,,,,lebih baik butakan mata je dan pekak kan telinga ,,,sebab cara begini lebih mendatangkan keuntungan di dunia dan perlu diutamakan kerana kehidupan di dunia ini sekali sahaja.....

    BalasPadam
  9. dari kecil menadah kitab, lahir dr keluarga ulamak tapi biler besau tong taik jadi pilihan hati.

    BalasPadam