Apakah yang dicari oleh manusia di atas bumi Allah ini..??Kemasyuran dan kemewahan hidup artis-artis barat masakini dan sejak dulu lagi diakhiri dengan kematian dan kesengsaraan hidup,apabila mereka ingin mencari ketenangan tetapi tidak ditemui,dan akhirnya mereka mencari ketenangan dengan Dadah dan Arak yang penghujungnya mereka sengsara dan menuju kematian,dan inilah yang mungkin terjadi kepada artis di atas ini...
Bagaimana Kematian Whitney Houston seorang lagenda dan artis kaya-raya pada Februari lalu bukan disebabkan lemas dalam tab mandi di sebuah bilik hotel, sebaliknya dia dibunuh pengedar dadah.
Seorang penyiasat persendirian mendakwa, satu salinan video daripada kamera litar tertutup (CCTV) membuktikan Whitney dibunuh kerana berhutang kepada pengedar dadah.
Oleh itu,hanya dengan Islam sahaja manusia akan mendapat ketenangan dan kesejahteraan hidup seperti artis-artis barat dan artis negara ini yang telah memilih jalan Islam untuk mendapat ketenangan dan mendapat erti kehidupan sebenar dengan mendekati diri kepada Allah dan cara hidup Islam..
mstar - Tingkah laku Justin Bieber semakin tidak terkawal apabila dia mula berani mengambil dadah jenis ganja sehingga membuatkan orang di sekelilingnya tidak senang duduk.
Menurut laporan Contactmusic, Justin dikatakan enggan mengambil peduli dengan nasihat orang sekeliling yang berusaha menjaga nama bersihnya.
"Justin seolah-olah tidak peduli bahawa tabiatnya itu dapat mengancam karier nyanyiannya.
"Dia melakukan apa yang diinginkan dan tidak mahu mendengar nasihat sesiapapun," kata sumber.
Tambah sumber itu, Justin sering dikelilingi oleh orang yang suka memanjakannya dan sentiasa memenuhi apa sahaja kehendak penyanyi berusia 18 tahun itu.
Perkara tersebut membuatkan tingkah laku Justin menjadi rosak gara-gara terlalu diberi muka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan