Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.
Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.
"Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.
Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.
“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.
SUNGGGUH NAYA DATUK DI MALAYSIA ! ABU JANGAN LUPA !
BalasPadamMacam mana Dato' di malaysia boleh hidup merempat macam ini???Takda value langsung..
PadamItulah nasib artis di Malaysia. Nmpk mewah bila berlakon dan dimasa badan tengah sehat. Artis2 lain patut buat ikhtibar sbb kita bukan di Holleywood atau Boleywood. Kerajaan yg ada skrg (BN) mmg penting diri sendiri. Bayangkan duit mangsa pembinaan landassan keretapi Burma pun dia orang sanggup bolot...! Semua cakap2 dan janji2 mrk tuh...kosong jer.
BalasPadamApa kata kita cuba ubah kerajaan yg ada skrg kpd PR. Alah 5 tahun jer beb. Kita tgk kemajuan Pulau Pinang dan Kedah, cuma kerajaan BN jer yg kata dia orang tuh tak maju. Audit Negara telah mengesahkannya tau.
Aku rasa Dato' Yahya kena duduk di Perak,sebab slogan Umno/Bn Perak "Tiada Yang Terpinggir.Tiada Yang Tertinggal" Mesti senang hidup Dato' Yahya,seperti sekarang penduduk Perak tiada langsung yang meskin,hasil usaha BN/Umno.
BalasPadamTidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar 4-114
BalasPadam