Sabtu, 8 Disember 2012

Orang Melayu PP Meleleh Air Liur Lagi...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini.

Katanya, 10,000 unit rumah mampu milik itu akan dibina dalam masa terdekat di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala baki 10,000 unit akan dibina oleh agensi-agensi kerajaan termasuk JKP Sdn Bhd, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB).

"Rumah-rumah itu akan dijual di bawah harga pasaran untuk rakyat Pulau Pinang, contohnya jika rumah itu harga pasarannya RM500,000 kita jual dengan harga RM300,000 sahaja," katanya ketika berucap melancarkan Program Jelajah Janji Ditepati di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Lebih 20,000 orang termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menghadiri majlis itu.

JuRaGan : Pak Ali yang jual cendol dan rojak tepi jalan kat Tanjung Tokong pasti gembira dengan berita ini..dapatlah merasa duk rumah harga RM300 000 dengan bayaran RM 2500 sebulan dan dengan pendapatan RM 2000 sebulan..kah3 itulah nasib melayu PP..asyik kena tipu saja dek Umno... 

1 ulasan:

  1. Melayu PPinang memang suka jadi bodoh dek UMNO...Janji nmcm itu pun dia suka...Depa mampu beli ke...setakat jadi kuli gaji 2/3 ribu...Kena kencing si anak bangsawan Najib sahaja...Sokong lah PR dan PAS ada juga faedahnya....

    BalasPadam