Selasa, 25 Disember 2012

Tiba-tiba Mamat Nii Pemenang Maharaja Lawak Mega 2012...

Barisan Nasional (BN) mampu merampas 20 kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang, sekali gus meraih kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau yakin BN dapat mempertahankan 140 kerusi Parlimen yang dimenangi sekarang serta merampas lima daripada 23 kerusi PAS, lima daripada 29 kerusi DAP dan 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, keyakinan tersebut berdasarkan pelbagai faktor termasuk masalah yang dihadapi pembangkang di beberapa kawasan yang dimenangi merekasebelum ini.

"Semua perkara ini logik kerana sebagai contoh, tujuh kerusi PKR sudah bermasalah di mana enam daripadanya telah cabut masuk bebas sementara satu lagi kalah di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita selepas Program Pemukiman Pemantapan Profesionalisme Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerangan (KKRP) yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bakal menjadi faktor utama kemenangan BN.

"Rakyat telah menikmati pelbagai insentif dan keistimewaan yang diperkenalkan Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia serta program transformasi," katanya.
Selain itu, beliau berkata, faktor calon boleh menang yang dimiliki BN akan turut membantu merampas kembali kerusi pembangkang.

Bagaimanapun, katanya, kemenangan tersebut hanya akan dicapai sekiranya anggota BN tidak melakukan sabotaj atau 'cah keting' terhadap parti.

7 ulasan:

  1. Inilah kenyataan paling Lawaok!dari seorang Menteri Umno yang Ngingau disiang hari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalu dah mampu tawan 20 kerusi tambahan, knp najib masih kecut teloq na bubar parlimen? klentong maslan xrelevan betui

      Padam
  2. KELENTONGAN SANG PENGAMPU & PEMBODEK TEGAR PARTI KARAT BIRU PANDI KUTTI ! ABU !

    BalasPadam
  3. OFF TOPIC:

    Aku dok selangor sebelum ni tak pernah aku rasa apa2 advantage, sama je dengan orang luar tapi sejak pemerintahan PR, alhamdullilah ada jugak aku rasa hadiah sambung belajar di IPT untuk anak selangor dan ringan sikitlah beban aku dan mak bapak aku.
    Aku ingat lagi waktu aku keje part time kat KLCC time chong wei kahwin, perghh anak hishamuddin bukan main berlagak gila nak mampus dengan aku sampai cakap dengan aku pun kurang adab, tak sedar ke rakyat yang kat bawah ni la yang naikkan bapak dia tu..
    cakap banyak pun tak guna, klau kita boleh bg UMNO 55 tahun kenapa tak boleh kita bagi PR cuba untuk masa 5tahun.
    SEKARANG KITA UBAH!!!!

    BalasPadam
  4. anal 1.41...skrg cakap boleh le...sedang kan agama pun kau jual apatah lagi reta dunia...

    selagi nama manusia kkau org pun sama je

    BalasPadam
  5. biarkanlah mereka berkata kata... kerana sememangnya mereka parti yg akan berbuat apa saja tindakan bagi memastikan kemenangan dlm setiap pilihanraya... setakat dia kata... apa ada hal.. kita lihat perbuatan mereka terhadap konvoi DSAI... JELAJAH KEMBARA OREN... CERAMAH KITA... dan lain lain lagi program kita... kan mereka ni takut kalah...maklumlah dah banyak menipu dan mencuri duit rakyat... takut bro... nanti mak cik mak cik tahu maluuuuu... alang alang dah banyak salah teruskan aje le dgn cara salah dan menyalah...ku pohon pada mu Robbi... berikanlah kemenangan pada Pakatan Rakyat pada PRU 13 INI...ingin benar ku lihat UMNO/BN dia'dil oleh mahkamah yg tak diganggu oleh sesiapa...amin...

    BalasPadam
  6. Maslan oh maslan taktik penipu yg kau war-warkan sudah basi rakyat tak termakan dgn kebodohan yg kau pelajari dgn umno tu hanya lembu2 ternakan umno saja syok sendiri dengar,mamakdir kata tiada lagi oeg2 yg cerdikpandai dlm umno,yg mcm otak lembu hanya tahu makan saja,jadi umno hanya tinggal pencacai2 kiblatkan duit aje menyokong yg pandai2 semuanya cabut...kah3...kesian.

    BalasPadam