Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah
menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk
diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand
Myanmar.
Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,
"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.
"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.
Ketika
ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu
berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang
pampasan itu."
Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.
Sekretariat
Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma
yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi
Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih
mendalam tentang pampasan itu.
Turut bersama dalam kunjungan itu,
Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak
Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan
Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa
orang lagi wakil dari Jejak.
Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum
ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada
kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi
itu.
Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.
(Rombongan bergambar di perkarangan kedutaan selepas berjumpa pegawai kedutaan)
Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta pihak negara
Jepun memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh
binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan
penerimaan itu.
Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta
pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh
binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.
"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.
"Sekiranya
pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari
Malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui.
Nizar
yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat
pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.
Salah
satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011
menjelaskan, "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang
pampasan kepada buruk paksa ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita
dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh
kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam
Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".
Menurut
Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada
sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya
kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.
"Kita
tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa
tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik
semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih
ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan
Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946".
Mengikut rekod
persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60
peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus
bangsa lain.
Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah
RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga
RM3 juta wang pampasan.
"Banyak! pemberian pampasan ini kepada
mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya
dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.
Sejak
didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah
memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan
Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.
tolonglah jangan pecah belahkan org2 melayu ... biarlah mereka bersatu bersama... demi kemenangan UMNO/BN pada pru 13... kalau tak habislah tembelang kerajaan BN selama ini... maluuuuuu
BalasPadamOh masa MEROMPAK tak malu...nak kalah pilihanraya MALU...OMAK KAU...ko orang kenyang tak per laaaa...
BalasPadamSapa yg takut sgt tu? kalau kau tak terlibat dalam kes ni duk diam2 la. nak menyibuk buat apa?
BalasPadam