KUALA NERANG - Lebih 12,000 orang berhimpun secara aman di Charok
Batang Padi berhampiran Tasik Pedu di sini semalam bagi membantah
penerokaan kawasan hutan yang mengundang bencana alam dan menjejaskan
sumber air negeri ini pada masa depan.
Kumpulan itu yang menaiki 238 buah bas dari seluruh negeri Kedah,
selain penduduk Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor berhimpun
selama tiga jam di kawasan tersebut bermula pukul 3 petang.
Mereka turut menyatakan kebimbangan terhadap aktiviti pembalakan di
situ menerusi sepanduk tertera tulisan Pembalakan Tanpa Kawalan Kerajaan
Negeri Akibatkan Hakisan, Pertanian di Kawasan Takungan Akibat Rakyat
Minum Air Racun dan Baja serta Kawasan Tasik Pedu Untuk Tadahan Hujan,
Bukan Untuk Pembalakan.
Selain berhimpun secara aman, peserta bantahan itu turut meninjau
kawasan hutan yang telah digondol atas alasan untuk melaksanakan projek
ladang buah-buahan.
Pengerusi Gerakan Protes Aman Pembalakan Tasik Pedu, Datuk Mohd.
Yusof Ismail berkata, perhimpunan itu mencapai matlamat menerusi
sambutan luar biasa dalam kalangan penduduk negeri ini dan luar yang
mahu meninjau sendiri kerakusan kerajaan negeri menjalankan aktiviti
pembalakan di kawasan tersebut.
yang dah kena tebang tebas dah banyak dah hidup depa dulu pun dah mewah tapi hilang kuasa sebab tu la ni depa duk gila kuasa
BalasPadam