Khamis, 10 Januari 2013

Gereja Tetap Pertahankan...

Majlis Gereja (CCM) akan terus menggunakan kalimah "Allah" dalam Bible versi Melayu, kata para ketua gereja majlis.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, majlis itu berkata penganut Kristian di Malaysia telah menggunakan kalimah tersebut dalam Bible versi Melayu dan dalam pengabdian hidup mereka sejak berabad lamanya.
"Juga, banyak masyarakat pribumi di negara kita telah merangkumkan perkataan ini dalam bahasa harian mereka.

"Dalam perkara ini, kita akan meneruskan amalan ini, dan menyeru semua pihak untuk menghormati hak asasi ini," menurut kenyataan.

Mereka menambah amalan tersebut "dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan" di bawah Perkara 11.
Dua hari lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan bahawa bukan Islam di negeri ini telah dihalang daripada menggunakan "Allah", kerana ia adalah perkataan suci hanya untuk umat Islam.

8 ulasan:

  1. rasanya bagaimana non-muslim nak nyanyi lagu negeri yang ada kalimah ALLAH ya ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelik mmg pelik... dh lah dia asik kata Jesus son of God, abis tu Son of Allah? Hish! nak cari bala ke apa? Ikut sukati diorg je nak guna nama Allah, kalau guna nama Tuhan Hindu pun og Hindu tentu mengamuk.. mcm tak hormat langsung agama lain. Ko tengoklah apa akan jadi balasan Allah nanti!

      Padam
  2. kalau kita dah didik anak2 dengan cara betul... tak perlu takut dgn penggunaan kalimah tu oleh org lain
    Allah tu milik semua org & semua kita pun milik dia
    Pertahankan kalimah bagai nak rak
    tapi tengok sendiri la apa sultan2 kat Mesia buat.... adakah hidup mereka betul berlandaskan apa yg sepatutnya

    BalasPadam
  3. teks ucapan sultan tu saper buat erk? sultan cuma tukang baca jerk...kasihan sultan melayu kat malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyeee.... Kasihan sultan sebab tak dapat pahala kerana menentang kristian guna kalimah Allah ye! Mais tak patut halang sultan utk dpt pahala, memang mais hanya nak Hj Hadi nik aziz dan ko sja dapat darjat yang tinggi disisi Allah ye....

      Padam
  4. JAKIM perlu ambil tindakan...harapkan PAS masih `bergaduh sesama sendiri'................

    BalasPadam
    Balasan
    1. komisyen tak dak, mana jakim mau....masyuk bro.

      Padam