Isnin, 7 Januari 2013

Jawapan Memalukan Dari KP Selangor Mengenai "Tiger Show.."

Tersebarnya gambar penari separuh bogel sedang beraksi di atas dilaman FaceBook dan juga Blog menyebabkan pihak Polis Di Raja Malaysia, khususnya dari IPD Shah Alam dihujani kritikan.

Gambar tersebut telah dirakamkan di Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan Jabatan Siasatan Jenayah IPPD Shah Alam.

Ada yang meminta penjelasan dari pihak Polis dan ada juga yang tanpa memberi peluang kepada pihak Polis menjelaskan keadaan terus mengkritik pihak Polis.

Malah oleh kerana gambar di atas disiarkan oleh kebanyakkan Blog-blog Pro Pakatan Rakyat maka secara automatik Blog-blog Pro UMNO mendakwa ianya adalah gambar super impose yang dilakukan oleh penyokong Pakatan Rakyat untuk memburuk-burukkan pihak Polis.

Bagaimanapun tuduhan  Blog-blog Pro UMNO itu terjawab bilamana ada individu yang mengambil inisiatif untuk bertanya kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah melalui laman FaceBook beliau.

Beliau melahirkan rasa terkejut bila melihat gambar tersebut dan berjanji akan menyiasat perkara tersebut kerana menurutnya ini adalah satu pelanggaran tata susila PDRM dan mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disampaikan kepadanya.

Dan setelah beberapa jam berlalu sekali lagi beliau mengeluarkan kenyataan hasil dari penyiasatannya mendapati "Pihak polis yg hadir (JSJ Shah Alam) juga terperanjat dgn pihak kebudayaan (mlm di Intekma) itu yg tlh membuat "show" sedemikian, namun tindakan disiplin terhadap mereka yg bertanggung jawab &cuai dlm menganjur. Polis Selangor tidak sekali kali menyokong kemungkaran sebegitu. Harap maklum."


Printscreen dari FaceBook Aszfia Haris

5 ulasan:

  1. jawab la macam mana pun tun hisan.rakyat dah tengok dan buat telahan sendiri akan apa yg telah terjadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam semua rakan sesama islam.

      Kenapa orang islam kena datang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat?

      Baca di sini :

      astanakandis.blogspot.com

      Selamatkan negara, selamatkan agama.

      Jumpa di kl semua pada sabtu 12Jan2013.

      Padam
  2. Mirzan Mahathir seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan daripada bapanya) sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagai Presiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan .

    Pada umurnya 37 tahun, beliau telah berjaya “menawan” dan “menyelamatkan” beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya.

    Pada tahun 2009, San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filiphina mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain.

    Mirzan Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan.

    Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings yang telah melabur dalam San Miguel Corporation.Pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan minuman beer SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina.

    Ini berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/INDUSTRI San Miguel Corporation daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages – termasuk beer)
    KEPADA INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA, malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi.

    Dalam masa setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan arak iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik, perlombongan, telemunikasi dan perbankan.

    (sumber : http://www.sanmiguel.com.ph/businesses/) dan tugasnya tamat dengan jayanya pada 2010.

    Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia Berhad tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu selepas berjaya menjalankan tugasnya.

    "Jadi, adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?”itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini.

    Tetapi, pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung mengenai “ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK” yang terang-terangan tidak benar sama sekali.

    BalasPadam
  3. Wahai "tanpa nama", mengapa anda terlalu bangang. Untuk membolehkan seseorang itu menjawat jawatan pengarah, diwajibkan seseorang itu untuk memiliki saham beberapa peratus dalam syarikat tsb.Untuk menyelamat syarikat tersebut,modal perlu di suntik.Setelah menyuntik billion ringgit maka beliau ada hak untuk menduduki kerusi lembaga pengarah. Tulis cerita panjang, ingatkan bijak, rupanya mangkok hayun. Cuba le baca FEER atau Finance Twitter, kemudian baru menulis. Bukan baca sekadar Berita Hairan dan Utusex Meloya aje!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bertambah bodoh sibangang "tanpa nama" bila dia kata Mirzan tukar kilang arak kepada bukan arak..bodohhhh..dia baca ke BizNews yang mengatakan San Miguel Corporation hanya pelbagaikan product mereka..Arak tetap product utama..bodohhhhhh..

      Padam