Kenyataan penuh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
Kalimah Allah: Islam benarkan tapi jangan salah guna
1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang
konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4
januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam
seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang
telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang
Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan januari 2010 yang lalu.
2. Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal
bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh
diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.
3.
Kalimah "Allah" tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap
masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu pengganut
Islam berbagai bangsa tetap menyebut
perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam
bahasa masing-masing dan ketika beribadat.
4. Walau
bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan
kalimah Aallah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal
bahasa al-Quran.
5. Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya:
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu
kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak
menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu
jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian
yang lain (Par paderi, sami dan pemimpin ) untuk dijadikan orang-orang
yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudia jika mereka
(Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada
mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang
Islam." (Ali-imran:64)
6. PAS merasa sangat kesal terhadap Umno
yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang
memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang
dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen
politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan
penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk- Respon Pembaca Kilik Sini
Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
Orang bukan Islam boleh saja menyebut nama Allah seberapa banyak yang mereka suka tetapi tidak boleh dibenarkan samasekali digunakan didalam bible bahasa melayu mereka untuk tujuan dakwah pihak gereja kepada orang melayu.
BalasPadam...kerana tuhan mereka berlainan.
Yang aku pelik tu hj.Hadi rasa bimbang jika kalimah Allah disalahgunakan,......sudah tentu ia akan disalahgunakan kerana puak kristian nak cetak dan guna kalimah tersebut di dalam bible bahasa melayu mereka. Tujuannya ialah bagi memudahkan dakwah pihak gereja kepada orang melayu!
PadamMana boleh dibenarkan sebab kita dah tahu tujuan mereka !!
Yang paling malang,Pimpinan Umno guna Kalimah Allah,tapi siang malam pertikai hukum Allah.
BalasPadamada ketua agama larang agama lain menggunakan nama allah...adakah mereka ini ikut perintah allah....berebut nama allah....konon allah itu milik mereka....dlm quran ayat mana yg mengatakan allah itu milk kamu....allah itu tuhan sekelian alam....yakni yg didlm alam ini adalah milik allah..
BalasPadam"Kalimah tersebut telah digunakan secara meluas di kalangan orang Kristian di Sabah dan Sarawak". Orang Iban yang duduk kerja disemenajung semua guna nama Allah.Siam di Kelantan guna nama Allah juga sudah sekian lama.
BalasPadamSaya sokong.. kalau ada sesiapa agamawan yang boleh bagi satu ayat dari al-Quran, atau satu bari dari Hadis Rasulullah.. ataupun dari mulut ulamak2 yang perjuangkan Islam (bukan yang perjuangkan Melayu).. bahawa perkataan Allah hanya utk orang Islam... PRU13 nnt saya akan sokong UMNO/BN.... kalau xde, jgn nak pusing2 fakta. Noktah!
BalasPadamTu la org sruh p bljr ilmu agama,ni x duk bsing2 plak.
BalasPadam