Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bingkas membidas dan menjawab
segala persoalan yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir Mohamad di sebalik
pengakuannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa
pentadbirannya.
Pertama sekali, Tun Mahathir sudah mengaku menjadi dalang utama
projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing dua minggu sebelum
pilihanraya 1990. Inilah jawapan yang dicari-cari selama ini, telah
dilafaz sendiri oleh Tun Mahathir.
Walau apapun alasannya, pemberian kewarganegaraan segera khususnya di
musim pilihanraya harus diterjemah sebagai jalan singkat untuk regim
terus berkuasa. Pemberian kad pengenalan secara terburu-buru sempena
pilihanraya secara langsung membolehkan si penerima anugerah warganegara
segera ini terus mengundi. Ia sangat tidak adil khususnya buat rakyat
Sabah ketika itu dan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Maka dengan pengakuan Tun Mahathir hari ini setelah lama mendiamkan
diri, apakah ada lagi pengakuan atau pendedahan yang lebih sensasi untuk
membolehkan rakyat seluruh tanahair sedar bahawa regim pemerintah
tergamak menjual negara ini demi mengekalkan kuasa melalui
kewarganegaraan segera? Hanya selepas negara dikejutkan dengan
pendedahan oleh bekas Ketua Jabatan di JPN Sabah dan bekas pengarah
Jabatan Pendaftaran Sabah, menjadikan Tun Mahathir tidak punya pilihan
selain mengaku perbuatannya.
Pengakuan Tun Mahathir ini wajar dipandang serius terutamanya apabila
menyedari modus operandi yang sama dijangka bakal digunakan oleh Umno
dan Barisan Nasional dalam pertembungan PRU-13, berdasarkan mood
kebangkitan rakyat yang akan menyaksikan pemerintahan 56 tahun mampu
ditamatkan. Umno dan BN tidak mampu mengekang arus perubahan malah turut
sedar betapa mereka akan tumbang kali ini. Maka operasi Sabah 1990
diperluas ke semenanjung!
JuRaGan : Apa yang mampu lagi kita harapkan kepada pimpinan-pimpinan Umno selama ini..Agama sudah mereka buang,Bangsa dah menjadi Bangsat dan kini Negara dijual kepada Warga Asing,semata2 untuk pertahankan kuasa yang selama ini pencacai najis Umno sangka mereka kuat...Rupanya hanya pendatang asing sebagai pemyambung hayat mereka...kalau tidak dah lama Umno Mampoussss.."Dimana Umno menang ,Disitu Pendatang Asing kenyang"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan