Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dibidas dan didakwa bersikap
berat sebelah khususnya kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) ekoran
kenyataannya yang menyifatkan pemimpin PAS lebih buruk daripada orang
kafir.
Sambil melahirkan rasa kecewa, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat menggesa Harussani supaya lebih berhati-hati sebelum membuat
kenyataan.
Malah Menteri Besar Kelantan itu turut memberi amaran kepada
Harussani agar tidak terlampau menunjukkan sokongannya kepada Umno dan
BN.
"Saya kira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari
mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak
dalam pertembungan parti-parti politik.
"Pesan saya kepada beliau, janganlah melampau-lampau sangat
menunjukkan sokongan kepada Umno dan BN. Jika ditakdirkan nanti Umno
tersembam dalam pilihan raya, saya bimbang ada individu yang mencari
makan dengan Umno terkial-kial kelemasan mencari pelampung," katanya
pada Ahad.
Selain itu menerusi kenyataan yang dipetik daripada akaun Facebook miliknya, Nik Abdul Aziz turut menggesa agar Harussani menafikan laporan akhbar yang disiarkan pada Ahad.
"Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera.
"Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini, di mana belum pernah
kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai
kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar daripada mulut
beliau," katanya.
Sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini menyiarkan kenyataan
Harussani yang menyifatkan sikap pemimpin PAS lebih buruk daripada orang
kafir kerana sering tidak bersetuju dengan pelbagai dasar dan usaha
kerajaan untuk memajukan rakyat.
Harussani berkata demikian bagi mengulas kenyataan terbaru Presiden
PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) adalah golongan bodoh.
Malah sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata menyamakan BR1M
seperti memberi hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam serta
lembu.
Kesian kat Harussani, dulu setiap lapisan masyarakat Islam menghormati beliau diatas keilmuannya, tapi amat malangnya panas tak sampai kepetang, dimana silapnya "mungkin ALLAH telah menarik kembali sedikit demi sedikit keilmuan yang ada padanya". samasamalah kita muasabah diri.
BalasPadam