Isnin, 25 Februari 2013

Tengok Nii..Melayu Maha Kejam Didikan Umno..

Seorang warga emas yang bertarung nyawa hampir setengah jam merangkak keluar dari rumah untuk mendapatkan bantuan selepas ditikam, namun malang dia meninggal dunia berdekatan pintu rumah selepas pembunuh membakar kediamannya di Kampung Rantau Panjang, Lanchang, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.40 pagi itu, Ali Jaafar, 74, yang bekerja sebagai penjual madu mati akibat cedera di leher serta melecur di badan dan paha kiri manakala paha kanan hingga ke kaki rentung.
Kejadian disedari jirannya selepas melihat api marak membakar bumbung rumah serta sebuah bilik lalu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat serta BaIai Polis Lanchang.

Difahamkan, sepasukan anggota bomba yang memeriksa rumah selepas memadam api, menemui mayat mangsa berlumuran darah di leher di depan pintu sebelum menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.
ANGGOTA bomba memadamkan api sebelum menemui mayat mangsa di depan pintu rumah.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Aziz Salleh berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa telentang di depan pintu rumah dengan beberapa kesan tikaman di leher manakala dahi mangsa dipercayai dihentak dengan objek tumpul.

3 ulasan:

  1. Aparaa...kes org mati kena rompak dan umah terbakar pun salah UMNO...pemikiran tahap per nih??? Low class punya blog. ptuuihh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul lah tu siapa yg memerintah kalau umngok,apa yg mereka buat sebagai pemerintah bagi membendung masalah jenayah, dah lah majlis ilmu di sekat, peluang pekerjaan tidak disediakan akibatnya masalah sosial tidak berpenghujung,kesimpulan barisan nasional adalah parti pemerintah yg gagal

      Padam
  2. Sistem perundangan dalam negara yang nak mendidik masyarakat Umno ambil dari mana??Kafir ke Islam??Kalau sistem kafir salah siapa??skrg siapa yang mengubal undang2 negara???Umno ke DAP ke PAS ke PKR ke??Kalau tak boleh jawab..UAI kata memang bodoooooo..

    BalasPadam