Sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap Barisan Nasional (BN) semakin
baik berikutan kesedaran yang tinggi bahawa kerajaan DAP selama ini cuba
mengelirukan mereka dengan mempromosi kebaikan diri sendiri.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata sebuah negeri yang
kecil seperti Pulau Pinang memerlukan perancangan teliti untuk
memelihara kelestariannya di samping terus mengutamakan kebajikan
rakyat.
"Pendapatan Pulau Pinang adalah kecil kerana tidak mempunyai balak
dan kuari. Mereka terpaksa menjual tanah untuk menambah pendapatan
tetapi tanah pula terhad dan ia diterjemahkan dengan harga rumah yang
lebih tinggi.
"Oleh kerana itu kerajaan DAP Pulau Pinang kini terpaksa bergantung
kepada premium tanah sebagai sumber pendapatan negeri menyebabkan pulau
kini hanya untuk orang kaya dan menjadi pulau botak kerana terpaksa
dipotong untuk projek pembangunan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melaksanakan upacara
sembahyang di kuil Kek Lok Si, Ayer Itam, di sini, Ahad, yang turut
dihadiri timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
JuRaGan : Sama mcm ketuanya..Orang dah sebut No..masih nak tanya sampai tiga kali,,2xbangangg..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan