Demo paling ganasssss...fuhhh...apasal orang pompuan lebih banyak beb...tinggal golongan ini saja ke dalam Umno sekarang ini..atau hanya kaum ini yang boleh di "Perbangangggg"kan oleh pimpinan Umno...
KOTA BHARU: Deretan bas diparkir di Dataran
Muhammadi, sebahagian lagi berhampiran Tambatan Diraja di tepi Sungai
Kelantan dan beberapa buah di belakang Masjid Muhammadi.
Lebih
60 bas kelihatan di banyak lokasi. Rupa-rupa bas terbabit diguna bagi
mengangkut peserta demontrasi anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan
(MTRK) dan Pertubuhan Peribumi Perkasa (P...erkasa).
Mereka diketuai Presiden
MTRK, Azmi Ali menyerah memorandum kepada pegawai di Istana Balai Besar,
dakwaan kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat di hulu
Kelantan.
Ramai pegawai dan anggota polis berkawal di pintu
masuk ke Istana Balai Besar.
Berdasar kepada jumlah bas yang
disewa khas dan banyak lagi kenderaan lain, sepatutnya lebih 10,000
hadir pada perhimpunan tersebut, namun dianggarkan sekitar 3,000 hadir.
Esok apa yang pasti media tajaan Umno dijangka menguar-uarkan
10,000 menyertai demontrasi tersebut.
Dua kenderaan dilengkap
alat pembesar suara memasang kaset ceramah pemimpin Umno, MTRK dan
Perkasa. Turut dipasang kaset dikir barat dan lagu yang pernah
dikumandang pada perhimpunan Agung Umno tahun lepas.
Sebahagian besar yang hadir wanita-wanita Umno dan lelaki dewasa.
Golongan muda hanya sebahagian kecil daripada jumlah peserta.
Setiap yang datang diberi naskah akhbar terbitan Gerakan Bertindak
Selamatkan Tanah Rakyat Kelantan. Akhbar tak berkala itu pernah ditabur
di merata tempat sebelum ini.
Gambar yang disiarkan tetap sama
dan cuma ditambah beberapa keping gambar baru mewakili penduduk di
kawasan hulu Kelantan.
Setiap peserta yang hadir pada
perhimpunan berkenaan juga dibekalkan dengan bungkusan makanan.
Selepas bersurai ramai yang mencari tempat teduh membuka bungkusan
makanan yang dibekalkan. Bagaimanapun beberapa pemimpin Umno dilihat
memasuki restoran di kawasan berhampiran.
Dakwaan yang
dilemparkan MTRK dan Perkasa tetap sama, mengitar semula isu lama biar
pun sudah diberi penjelasan kerajaan negeri.
Malah Pengerusi
DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak memohon maaf kepada rakyat kerana berbohong isu tanah membabitkan
dirinya di Gua Musang.
Pada sidang media di Ipoh hari ini
Ngeh dilaporkan berkata, ucapan Najib di majlis Bekwoh Bersama Perdana
Menteri di Tanah Merah 15 Mac lalu merupakan suatu pembohongan.
Sedangkan apa yang berlaku Ngeh hanya memiliki saham sebuah syarikat
perladangan di Gua Musang.
Orang Asal nafi
Sementara
itu beberapa pemimpin masyarakat Orang Asal di Gua Musang menafikan
kerajaan negeri merampas tanah milik mereka bagi menjalankan aktiviti
perladangan.
Pandak Panjang dari Kuala Betis berkata, sehingga
sekarang tidak ada tanah yang dimiliki penduduk Orang Asal dibangunkan
ladang oleh mana-mana pihak.
“Saya cabar pihak berkenaan
membawa kes itu ke mahkamah kalau benar-benar tanah milik Orang Asal
diceroboh bagi pembangunan ladang,” katanya ketika ditemui baru-baru
ini.
Along Alang, 48, juga dari Kuala Betis pula mendakwa
seorang pemimpin Umno dikatakan menceroboh tanah milik Orang Asal bagi
membangunkan ladang miliknya.
“Pemimpin itu sendiri ketika
berucap pada mesyuarat PIBG di Kuala Betis minggu lepas memberitahu dia
mempunyai tanah untuk dijadikan ladang di kawasan tersebut,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan