Jumaat, 29 Mac 2013

Panass...Mamat Nii Pasti Kantoiiii....

KUALA LUMPUR 29 MAC: Umno BN mesti bertanggungjawab di atas kenyataan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Zulkifli Nordin yang menghina agama Hindu, kata N Surendran.

Dalam ceramahnya menerusi video yang tersebar di internet semalam, Zulkifli memperlekehkan kesucian agama Hindu dengan menggambarkan penganutnya menyembah tuhan mereka yang hanya diperbuat daripada batu.

Kata Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu, bencana alam yang melanda kedai jual patung tuhan Hindu juga turut dilanda banjir, sedangkan premis itu menjual peralatan kebanggaan agama Hindu.
Surendran berkata, penghinaan Zulkifli itu boleh mencetuskan api perkauman kerana mempersenda kesucian agama mereka.

“Umno BN tidak boleh lari dari tanggungjawab ini. Ini serangan kejam Zulkifli yang melakukan penghinaan besar kepada masyarakat India Malaysia, yang majoritinya beragama Hindu.
“Dalam kes ini, Zulkifli terlalu menghina dan mencemuh rakyat Hindu dan agama mereka. Serangan beliau paling teruk pernah dilakukan kepada agama di negara ini,” kata Naib Presiden KEADILAN itu pada kenyataan.

Ekoran itu, Surendran menggesa polis dan Peguam Negara segera menyiasat Zulkifli yang jelas melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Perkataan yang diucapkan Zulkifli jelas satu kesalahan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perasaan permusuhan dan kebencian berkaitan agama.
“Kami menyeru Ketua Polis Negara dan Peguam Negara untuk siasat segera dan menahan Zulkifli di bawah seksyen tersebut,” tegas Surendran.

Pada 2010, Zulkifli dipecat daripada KEADILAN ekoran kesalahan berulang-ulang melanggar dasar dan pendirian parti. Kemudian beliau yang lantang memburukkan KEADILAN semakin mesra dengan Umno.

Kini Zulkifli menganggotai NGO Perkasa, sekutu rapat Umno, yang dilihat ‘kebal’ undang-undang apabila seringkali mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman tetapi tidak dikenakan apa-apa tindakan.

JuRaGan : Inilah padah kalau cakap merapu beb..mamat nii ketayap atas kepala,tapi cakap tak melambangkan ciri-ciri seorang islam yang berilmu..Melambangkan keHaprakan "Perkosa" adalah..beginilah kalau terlampau pejuangkan melayu haprak,sampai adab bercakap terhadap agama lain pun merapu dan kelihatan Dungu (Bodoh)..Rasulullah dah ajar kita bagaimana menjaga hubungan kita dengan orang bukan islam.kalau lu berani beb..minta Najib kasi lu tanding di Kulim..pasti lu jadi batu giling..kuah3


Tiada ulasan:

Catat Ulasan