Sabtu, 13 April 2013
Dah "Meroyan"..Sebabkan "Benda" Ini 66 600 Ceramah Seluruh Negara..
Disebab tekejut "Berok" dengan undi rakyat tentang Manifesto Umno/BN dalam poll Sinar Harian maka dengan jiwa yang mengelabah "Taik Babi" kini umno terpaksa buat ceramah..sebab kalau ceramah dalam TV rakyat Malaysia dah tak ingin nak tengok...jadi terpaksalah buat ceramah..apa barang beb...inilah jadinya apabila orang dah tak percaya,buat apa pun dianggap "Penipuuuuuuuuuuu"...
Sebanyak 66,600 ceramah akan diadakan di setiap 222 kerusi Parlimen seluruh negara, kata Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad berkata aspek utama yang akan diterangkan dalam setiap ceramah tersebut adalah manifesto BN yang baru-baru ini dibentangkan pada hujung minggu lalu oleh Datuk Seri Najib Razak.
“Perkara utama yang akan ditekankan dalam setiap ceramah yang akan diadakan adalah tentang manifesto yang baru-baru ini dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Razak.
“Sebanyak 17 perkara dalam manifesto BN akan diterangkan dalam setiap program ceramah yang dirancang,” kata Ahmad lagi di Pusat Dagangan Dunia Putra disini selepas mempengerusikan mesyuarat dengan ketua penerangan parti komponen.
Sebanyak 20 ceramah disasarkan akan diadakan sepanjang 15 hari berkempen di semua kawasan parlimen, 10 untuk sesi siang dan 10 lagi untuk sesi malam.
Ahmad juga berkata seramai 20 penceramah telah dikenalpasti dan dilatih dengan memberikan mereka penerangan tentang manifesto BN bertujuan memudahkan mereka semasa menyampaikan kepada rakyat dikawasan parlimen tersebut.
“Setiap kawasan parlimen, seramai 20 penceramah yang telah dikenalpasti dan terlatih telah ditempatkan,” tambahnya lagi.
Walau bagaimanapun, sesi ceramah tersebut yang dirancang itu hanya jumlah kasar dan tidak menolak kawasan-kawasan yang sengit persaingannya mungkin terpaksa menambah jumlah ceramah daripada 20 kepada 40 ceramah dalam satu hari.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan