Kerajaan BN telah bertindak memberi tekanan dan halangan kepada
Pakatan Rakyat dalam usaha menyampaikan mesej dan tawaran kepada rakyat
sebelum hari pengundian 5 Mei depan.
Terbaru, Kementerian Dalam Negeri (KDN) didakwa telah merampas
sejumlah ribuan kad rayuan undi dan manifesto Pakatan Rakyat kepada
penduduk negeri ini.(Gambar Hanya Sekadar Di Pinggiran..kah3)
Menurut sumber, kad dan manifesto tersebut telah dihantar ke pejabat
pos di seluruh negeri bagi tujuan edaran dan bayaran pos juga telah
dibayar secara tunai.
Insiden ini, berlaku ketika BN belum lagi mengumumkan calon-calon
bertanding bagi pilihan raya umum ke-13 berbanding Pakatan Rakyat.
"Malangnya, KDN telah merampas di beberapa pejabat pos di sekitar Kedah dan tidak sempat untuk diedarkan kepada para penduduk.
"Apa kesalahan Pakatan Rakyat...adakah bahan yang mahu edarkan adalah
bahan terlarang? Bagaimana pula dengan kad rayuan undi dan manifesto BN
yang boleh diedar secara pos di seluruh negara?" kata sumber kepada
Harakah.
Difahamkan kakitangan pejabat pos juga telah dipaksa untuk bekerja
lebih masa sehingga lewat malam, bagi memastikan lebih 10 juta kad
rayuan undi dan sisipan manifesto BN diedarkan ke seluruh Malaysia.
Perkara ini kata sumber telah mengundang kemarahan ramai khususnya
para penyokong Pakatan Rakyat yang menyifatkan tindakan kerajaan yang
tidak langsung menghormati prinsip demokrasi untuk parti-parti lain
berkempen secara sihat.
"Sudahlah semua media arus perdana, setiap masa berkempen bagi pihak
BN dan langsung tidak diberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk
menjelaskan tawaran dan khidmat mereka.
"Sekarang, bahan-bahan kempen Pakatan Rakyat pula nak dihalang...mana perginyan keadilan dan persaingan sihat?,"katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan