Jumaat, 5 April 2013

Disebabkan Ketakutan Adnan Yaakob Cakap Merapu...

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata dalam pertemuan dengan perdana menteri semalam, BN negeri menyerahkan senarai nama calon akhir untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Boleh dikatakan senarai itu muktamad, tetapi tidak mustahil berlaku pertukaran sehingga hari penamaan calon," katanya dan menurutnya pertukaran calon pernah berlaku di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerak Mesra Komuniti 1Malaysia Pahang di Markas Wilayah Laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, dekat sini hari ini.
Mengenai pembubaran Parlimen, Menteri Besar Pahang itu berkata: "Beliau (Perdana Menteri) adalah seorang yang teliti dan berhati-hati dan saya percaya banyak perkara yang diambil kira oleh beliau sebelum membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen." — Bernama

JuRaGan : Apa sewel mamat Nan nii..takkan takut punya cerita,sampai tak yakin dengan senarai yang dikeluarkan...Kalau dah Muktamad..dah tetap la..tak boleh la nak ubah..Ini tidak,kejap muktamad kejap boleh ubah...Inilah jadinya kalau manusia dalam ketakutan...


1 ulasan:

  1. telinga sudah mau hilang....gabra tahap gampang..kita tguuuuuuuuu Pahang akan tumbang

    BalasPadam