Jumaat, 5 April 2013

Inilah Anak Pemimpin UMNO Paling "Ketakutan" Kalau Anuar Jadi PM...

Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji semalam untuk menarik balik kontrak Petronas bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan kepada anak Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah ia adalah salah satu langkah awal Pakatan Rakyat (PR) menghentikan kronisma sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya 2013.

Dalam satu ceramah di Taman Semarak, Ketua Pembangkang (gambar) itu mengkritik hebat musuh ketatnya kerana menguruskan syarikat minyak negara terkaya seperti syarikat keluarga, terutamanya Mokhzani.

“Pertama, dalam masa 24 jam Pakatan bersumpah akan menurunkan harga minyak di seluruh negara,” katanya kepada ribuan orang ramai hadir daripada kawasan sekitar di Hulu Perak.
“Nombor dua, adalah kontrak minyak ini. Adakah anda berfikir di bawah Najib ia akan ditarik balik? No. Tetapi jika kita mengambil alih, saya ingin memberitahu Dr Mahathir — Saya Anwar, bukan seperti Najib.

“Najib takut kepada kamu tetapi saya tidak. Saya tidak mempunyai niat untuk menjadi kejam kepada kamu atau membalas dendam, tetapi kontrak berbilion ringgit yang diberikan kepada anak anda, saya hentikannya, saya mahu memberinya kembali kepada semua rakyat Malaysia di seluruh negara, “ katanya.

Mokhzani adalah sebahagian pemilik dan naib presiden Sapura Kencana Petroleum Bhd, memiliki kepakaran dalam minyak dan gas (O & G) yang telah dianugerahkan kontrak pengeluaran berisiko yang bernilai RM836 juta daripada syarikat minyak negara Petronas Bhd.

Dengan aset RM11.85 bilion, Sapura Kencana adalah salah satu syarikat yang memiliki perkhidmatan (O & G) terbaik di dunia berasaskan dengan aset. Mereka juga telah mula menjalinkan usaha sama dengan syarikat pengeluar minyak lain seperti Kazakhstan.

Dr Mahathir, perdana menteri yang paling lama berkhidmat, dilihat semakin lantang menjelang pilihan raya terutamanya apabila pengundi Umno yang berkubu di Johor untuk menamatkan karier politik pemimpin PR, khususnya penasihat DAP Lim Kit Siang yang akan bertanding disana.

Kit Siang menggepalai serangan Pakatan di Johor pada pilihan raya umum yang akan diumum tidak lama lagi daripada sekarang.

Walaubagaimanapun, pemimpin PR cepat bertindak balas dengan memusatkan serangan mereka kepada ahli keluarga pemimpin berpengaruh Umno.

“Penasihat Petronas ialah Dr Mahathir, anak Dr Mahathir, Mokhzani Mahathir, adalah antara orang terkaya di Malaysia. Adakah dia fikir anaknya seorang sahaja Melayu?” kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dihadapan kira-kira 2,000 orang ramai pada sebuah ceramah di Johor awal minggu ini.

“Mengapa Dr Mahathir benci Anwar, Lim Kit Siang dan Abdul Hadi? ... kerana mereka adalah harapan baru.

“Mengapa Mahathir marah? Ini bukan masanya lagi, kerana dia tahu jika kita boleh berubah, bukan sahaja Mahathir tetapi juga anak-anaknya juga akan tamat,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada ceramah yang sama.
“Anak Dr Mahathir adalah orang yang ke-13 terkaya di Malaysia,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga anak lelaki Kit Siang.
Dalam ucapan televisyen pada Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membuka jalan kepada pilihan raya umum ke-13 diadakan tidak lama lagi.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa pilihan raya akan diadakan dengan seberapa segera pada 20 April atau seminggu kemudian pada 27 April, ia bergantung kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ahli politik daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) bertarung merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun pada Pilihan Raya 2013, The Malaysian Insider difahamkan ia bakal berlangsung dalam tempoh sebulan ini.

Seramai 13.3 juta pengundi, termasuk 3,000 yang menetap di luar negara telah mendaftarkan diri sebagai pengundi pada pilihan raya kali ini yang dilihat paling sengit dan penting untuk seluruh rakyat Malaysia.

JuRaGan : Patut la baru-baru nii..Mahathir kutty merayu-rayu sampai menitiskan air mata dalam  ceramah di Johor minta orang johor jangan  bagi PR Menang...Rupanya kalau PR menang bukan dia sorang yang ke dalam beb..malah dengan anak-anaknya sekali akan ke dalammmmmm..Selagi Umno/BN Kuat..selagi itulah Melayu Merempattt...Pastikan Pimpinan Umno dalam Penjara kita Sumbatt..



3 ulasan:

  1. Ada kes bawa ke makamah, kalau didapati bersalah sumbat Mahathir di sungai buluh biar dia mati dalam penjara.

    BalasPadam
  2. Aku rasa Dr. M sangat sesuai kalau kita kata dia ni Pengkhianat. Perompak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia sendiri mengaku..120 000 IC dia bagi pada pendatang asing di Sabah,bukan lagi Pengkianat malat Lahanat!!

      Padam